Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Lelaki cedera ditetak dua beradik

$
0
0

KUCHING: Seorang lelaki cedera di bibir dan hidungnya akibat ditetak dua adik-beradik di hadapan rumahnya awal pagi semalam.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Bandar Baru Samariang di sini ketika mangsa yang hanya dikenali sebagai Frederick, 27, bersama beberapa lagi rakannya sedang duduk bersembang di luar rumahnya sekitar jam 12.05 pagi.

Menurut rakan mangsa, dua adik-beradik tersebut yang dikenali dengan panggilan ‘Ijam’ dan ‘Hal’ telah menyerbu rumah mangsa dengan bersenjatakan parang.

“Dalam keadaan tidak berpuas hati, seorang daripada mereka telah menetak rakan (mangsa) saya di bahagian muka dan akibat daripada itu, rakan saya mengalami cedera teruk di bahagian bibir dan hidungnya,” kata rakannya itu.

Mangsa kemudian telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut sementara rakan mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian.

Punca kejadian masih belum dapat dipastikan sementara menunggu siasatan pihak polis.

“Setahu saya, rakan saya itu kurang bergaul dan dia juga jarang keluar dari rumah, jadi saya tidak pasti apa punca sebenar kejadian tersebut,” tambah rakan mangsa lagi.

Kedua-dua suspek selepas serangan tersebut dilaporkan telah menghilangkan diri dan usaha pihak polis untuk menjejaki suspek kini sedang giat dijalankan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>