Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Bayar kembali pinjaman rumah panjang, kata Harden

$
0
0

GUNA DENGAN BAIK: Harden (dua kiri) menyampaikan cek MRP daripada Dr Rayong (kiri) kepada Biro Wanita JKKK Rumah Bojeng sambil disaksikan Nyalau (tiga kiri) pada majlis itu.

ENGKILILI: Sebanyak RM19 juta daripada Skim Pinjaman Rumah Panjang yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan Sarawak masih belum dilunaskan oleh para peminjam ketika ini.

Sehubungan itu, Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis menggesa para peminjam yang belum berbuat demikian agar membayar kembali pinjaman tersebut.

Menurutnya, setiap keluarga (peminjam) daripada sesebuah rumah panjang diberi pinjaman sebanyak RM10,000 oleh kementerian dalam bentuk bahan dan alat-alat binaan menerusi skim tersebut.

“Bahan terbabit akan dihantar kontraktor terpilih daripada pihak kementerian.

“Pemohon yang berjaya mendapat pinjaman ini akan membayar semula sebanyak RM65 sebulan dalam tempoh 25 tahun,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Bersama JKKK Rumah Bojeng dan JKKK Rumah Repong di Tebarong, Skrang di sini kelmarin.

Harden berkata, buat masa ini pihaknya menyediakan pakej baharu bagi pinjaman perumahan rumah panjang yang diberi nama Pakej Pinjaman Perumahan Rumah Panjang Mesra Rakyat.

Rumah panjang setingkat yang dibina menerusi pakej itu mengandungi tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur dan tandas dengan kos bagi setiap pintu biliknya bergantung kepada pelan projek oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC),” jelas beliau.

Harden menambah, kementeriannya sudah meluluskan pinjaman perumahan rumah panjang kepada 560 rumah panjang dengan kos berjumlah RM82 juta setakat Disember tahun lalu.

Pada majlis itu, Harden mengumumkan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) bernilai RM5,000 masing-masing untuk JKKK Rumah Bojeng dan Rumah Repong.

Turut hadir Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa dan ketua-ketua kaum.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>