Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Awasi anak ketika layari Internet

$
0
0

KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu mengenai trend terbaharu di Internet bagi mengawal selia anak mereka ketika melayari Internet.

Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Eneng Faridah Iskandar berkata ini kerana kebanyakan pengguna In­ternet pada masa kini adalah kanak-kanak dan remaja.

Dalam satu temu bual dengan Bernama di sini, beliau berkata kajian yang dijalankan SKMM baru-baru ini mendapati 92.8 peratus responden merasakan tang­gungjawab pengawal seliaan Internet berada di atas bahu ibu bapa.

“Memang ramai ibu bapa yang tidak begitu arif dengan penggunaan media sosial atau­pun Internet, langkah pertama yang perlu diambil ialah leng­kapkan diri dengan ilmu… apakah yang terbaharu.

“Ada juga ibu bapa yang membuka akaun Facebook kerana ingin memantau ak­tiviti anak mereka di laman sosial itu, dalam masa yang sama kita dapat mendamp­ingi dan mendekati mereka,” katanya.

Eneng Faridah berkata selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan anak mereka menggunakan Internet di tempat terbuka.

“Ibu bapa perlu tahu kegia­tan anak mereka, sentiasa ten­gok apa yang mereka sedang layari dan boleh berkongsi apa yang mereka lihat di Inter­net dengan ibu bapa supaya mereka boleh berbincang bersama,” katanya.

Katanya bil telefon ataupun Internet perlu dipantau bagi memastikan anak tidak mela­yari Internet terlalu lama atau membuat transaksi wang un­tuk pembelian dalam talian.

Beliau berkata ibu bapa digalakkan mengenali rakan anak mereka di laman sosial bagi mengelakkan berkawan dengan orang yang tidak dike­nali atau mencurigakan.

“Ada yang berlumba-lumba hendak tunjuk siapa yang paling ramai kawan, tetapi mungkin ada antara kawan itu yang berniat tidak baik, kalau ada masa pantau kawan anak anda dan tanya siapakah ka­wan anak anda itu,” katanya. — Bernama

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>