Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Peruntukan dalam Akta Insolvensi akan dipinda

$
0
0

KUCHING: Beberapa peruntukan dalam Akta Insolvensi negara akan dipinda bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara ini yang diisytihar bankrap dibantu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata ketika ini pihaknya masih menyediakan kertas kabinet mengenai pindaan peruntukan-peruntukan Akta Insolvensi untuk diedarkan terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen.

“Pindaan peruntukan ini adalah antara usaha kerajaan membantu mereka yang diisytihar muflis dan cuba memendekkan tempoh bayaran balik hutang,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di sini semalam.

Selain itu katanya, beliau sedang mencari mekanisme memboleh-kan institusi-institusi kewangan membantu seseorang yang hampir diisytiharkan bankrap oleh pihak memberi pinjaman bagi mengelak mereka diumumkan muflis.

“Saya akan berbincang dengan beberapa institusi kewangan untuk mencari jalan bagaimana dapat membantu individu berkenaan.

“Memang sudah ada yang datang berjumpa dengan saya tetapi buat masa ini saya tidak boleh dedahkannya dengan terperinci,” katanya.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata ketika ini beberapa institusi kewangan telah membantu individu dikenal pasti pada skala kecil dan kes kecil sahaja sebagai permulaan.

“Jika usaha awal ini berjaya baharulah saya dedahkan kepada umum, bagaimana institusi-insitusui kewa-ngan terpilih ini boleh membantu,” tambahnya.

Sehubungan itu beliau menasihati individu yang telah diumum bankrap agar datang mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan mentadbir sumber kewangan mereka daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Menurutnya MDI akan bertindak sebagai pentadbir harta kepada individu diisytihar bankrap dalam usaha membantu seseorang itu menamatkan status kebankrapan mereka pada kadar segera.

“Kita tidak mahu melihat ramai rakyat diisytihar muflis terutama golongan muda hanya kerana mereka kurang bijak mengurus sumber kewangan diri, be-gitu juga penjawat awam akibat tekanan daripada pelbagai aspek kehidupan.

“Jadi kita mahu mereka tampil mendapatkan bantuan daripada Jabatan Insolvensi, mendapat khidmat nasihat dan pada masa sama mencari kaedah terbaik untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dengan cepat,” katanya.

Beliau memberitahu, ramai enggan mendapatkan khidmat nasihat MDI kerana stigma yang masih menebal selain tidak tahu wujudnya jabatan khas bagi membantu mereka.

Nancy turut memberitahu bahawa kes kebankrapan di Sarawak tidak serius dari segi statistik, bagaimanapun beliau tidak dapat mengatakan jumlah sebenar kes.

“Sebenarnya perkara baharu yang saya ketahui, 30 peratus bekerjasama dengan Jabatan Insolvensi dan kreditor dan daripada kerjasama itu kreditor berjaya mendapat dividen daripada mereka kerana menjelaskan hutang mengikut jadual dipersetujui,” tambahnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>