Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Wawasan tinggi SBBA

$
0
0

CARI BAKAT BAHARU: Wee (tengah) bersama Setiausaha SBBA Oddie Grinsam dan Pengarah Urusan Plaza Merdeka Steve Ng menunjukkan risalah Pertandingan Mr Sarawak Jubli Emas.

KUCHING: Sebagai meraikan ulangtahun ke-50 Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA), pertandingan Mr Sarawak Jubli Emas akan diadakan 31 Ogos ini di Plaza Merdeka.

Presiden SBBA, Datuk Wee Hong Seng berkata, pertandingan itu amat menarik kerana ulangtahun persatuan sama dengan sambutan Sarawak Merdeka Dalam Malaysia Ke-50.

“Tempoh 50 tahun akan datang agak lama, SBBA akan terus menjadikan arena bina badan di Sarawak ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam sidang media semalam.

Menurutnya, Pertandingan Mr Sarawak Jubli Emas merupakan salah satu usaha SBBA untuk menganjurkan lebih banyak pertandingan bina badan di negeri ini.

“Sejak kita menyertai acara bina badan Sukan Malaysia (SUKMA) buat pertama kali pada tahun ini, kita mempunyai wawasan dan SBBA akan berusaha sedaya upaya untuk melatih lebih ramai ahli bina badan di Sarawak.

“Diharap Sarawak mampu menjadi kuasa bina badan di negara ini pada masa akan datang,” ujarnya.

Semasa SUKMA XVI, Sarawak memenangi pingat gangsa menerusi Mohd Alzrin Abdul Ghani dalam kategori 65 hingga 70kg.

Sementara itu, Pertandingan Mr Sarawak Jubli Emeas akan melibatkan empat kategori merangkumi Mr Fitness, Mr Novice, Bawah 70kg dan 70kg keatas.

Menurut Wee lagi, tiada had umur dikenakan untuk pertandingan itu dan lebih ramai peserta adalah lebih menarik untuk arena bina badan Sarawak.

“Untuk mereka yang berada di Kuching, masa untuk menimbang berat badan pada 21 Ogos jam 5.30 petang manakala peserta yang tinggal luar dari Kuching pada 30 Ogos,” jelasnya.

Untuk keterangan lanjut mengenai hadiah ditawarkan dan pendaftaran untuk Pertandingan Mr Sarawak Jubli Emas, sila hubungi Nolan Chee di talian 019-4891981, Sonny Chua (016-8998263) dan George Awi (016-8567995).

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>