KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Alberts tidak tergesa-gesa untuk menurunkan pemain sayap berbakat Asri Chuchu.
Beliau berkata, kecergasan Asri masih dipantau dan beliau tidak mahu pemain itu mengambil risiko ekoran kecederaan ligamen kaki.
Asri mengalami kecederaan apabila Sarawak menentang T-Team dalam kempen Piala Malaysia tahun lepas.
“Kita memang perlu memasukkannya dalam skuad Piala Malaysia namun keadaan kecederaannya harus diambil kira.
“Asri setakat ini masih belum bermain dalam apa=apa perlawanan sekalipun,” katanya.
Pemain berusia 22 tahun itu terpaksa direhatkan sepanjang saingan Liga Perdana 2013 dan menjalani pembedahan awal tahun ini.
Permainan menarik Asri juga berjaya menarik minat Jurulatih Har imau Muda , Ong Kim Swee untuk menyerapkannya dalam skuad muda kebangsaan.
“Pada masa ini kita mempunyai pilihan. Apa yang penting Asri bebas daripada kecederaan,” ujarnya.
Sepanjang ketiadaan Asri, Zamri Morshidi bermain agak baik di posisi sayap kanan.
Skuad Sarawak sekarang bersedia untuk menghadapi kempen Piala Malaysia 2013 yang bermula 20 Ogos ini menentang Perak di gelanggang lawan.