Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kertas undi, dokumen PRU13 Parlimen Lanang dimusnahkan

$
0
0

SIBU: Kertas undi dan dokumen-dokumen yang digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi kerusi Parlimen Lanang telah dimusnahkan dalam satu majlis ringkas di Depot Majlis Perbandaran Sibu (MPS), semalam.

Kerja-kerja membakar kertas undi dan dokumen itu dilakukan di dalam sebuah lubang sedalam kira-kira 10 kaki, sebelum ditimbus dengan menggunakan tanah.

Kerja-kerja memusnahkan itu dilakukan di hadapan bekas Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.211 Lanang merangkap Setiausaha MPS, Hii Chang Kee.

Turut hadir menyaksikan kerja-kerja memusnahkan kertas undi dan dokumen itu ialah ejen pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Lanang, Oliver Kuo Ging Bing serta ejen pilihan raya Parti Tindakan Demokratik (DAP), Yap Hoi Leong.

Menurut Hii, kerja-kerja memusnahkan kertas undi dan dokumen itu adalah proses biasa selepas selesai pilihan raya.

Memandangkan tiada petisyen pilihan raya difailkan oleh calon yang bertanding bagi kerusi terbabit, semua kertas undi dan dokumen yang digunakan boleh dimusnahkan.

Pada PRU13 lalu, kerusi Parlimen P.211 Lanang menyaksikan pertemuan antara BN yang diwakili oleh Datuk Tiong Thai King yang ditentang oleh Alice Lau Khiong Yieng dari DAP.

Tiong yang menjadi Ahli Parlimen Lanang selama empat penggal bagaimanapun tewas kepada Alice Lau dengan majoriti 8,630 undi.

Alice Lau meraih undi sebanyak 26,613 undi, manakala Tiong memperolehi undi sebanyak 17,983, dengan undi rosak sebanyak 304 undi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>