Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kerajaan pastikan transformasi pembangunan capai matlamat

$
0
0

MATU: Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh memastikan transformasi pembangunan yang dirancang mencapai matlamat dan memberi manfaat kepada semua kaum di negara ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abu Seman Jahwie berkata, perpaduan dan persefahaman di antara rakyat pelbagai kaum mesti terus dijaga dan dipertahankan demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara.

“Perpaduan merupakan senjata paling ampuh dalam usaha kerajaan meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat. Aspek itu tidak boleh dipinggirkan sama sekali malah, harus sentiasa dikekal dan dipertahankan supaya visi kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dapat direalisasikan.

“Hasil daripada perpaduan kaum yang jitu membolehkan negara kini mencapai pembangunan yang pesat dengan rakyat hidup dalam suasana aman, harmoni dan sejahtera,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama kakitangan awam di sini, petang kelmarin.

Abu Seman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, menegaskan bahawa persefahaman dan tolak ansur yang tinggi di kalangan rakyat pelbagai kaum di Sarawak dan Malaysia amnya perlu terus menjadi amalan dan teladan.

“Permasalahan atau ketidakpuasan yang berlaku tidak sewajarnya diperbesar-besarkan sehingga mengakibatkan perbalahan sesama sendiri. Sebarang masalah harus diselesaikan secara saksama. Kita tidak mahu rakyat berpecah belah kerana senario ini akan menimbulkan huru-hara.

“Semua pihak harus berusaha untuk mengetepikan persepsi negatif masing-masing terhadap pembangunan pesat yang dilaksanakan di kawasan luar bandar memandangkan ia bakal memberi impak positif terhadap taraf ekonomi semua pihak.

“Jangan hadkan pandangan tetapi, perluaskannya serta mengambil pandangan yang seimbangan kerana sikap ini mampu mengatasi semua kekangan yang berlaku,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>