Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Lebih tegas terhadap laporan palsu

$
0
0

Penjara sehingga enam bulan, denda kerana peralat penugasan polis

// Oleh Jeremy Lanson //

KUCHING: Hukuman penjara sehingga enam bulan serta denda maksimum akan dikenakan ke atas mana-mana individu yang didapati membuat laporan palsu kerana dianggap sebagai memperalatkan penugasan polis.

Demikian tegas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor yang turut memberitahu mana-mana individu yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, sebanyak 12 kes laporan palsu diterima pada tahun ini yang kebanyakannya melibatkan kes penyelewengan wang syarikat dan tuntutan insurans kenderaan.

“Kebanyakan kes melibatkan isu wang gaji pekerja yang digelapkan, tetapi dilaporkan kononnya mereka disamun dan terdapat juga kes kereta dilaporkan dicuri tetapi kenyataannya pemilik kenderaan tidak mampu membayar ansuran bulanan dan membuat laporan palsu untuk tuntutan insurans.

“Sehingga September tahun ini, sebanyak 12 kes dilaporkan dan kesemuanya telah dituduh di mahkamah dan hanya dikenakan denda.

“Selepas ini, saya akan memohon untuk hukuman lebih tegas iaitu dipenjarakan kerana ini adalah satu kesalahan yang boleh menjejaskan perkhidmatan PDRM dan kita tidak mahu diperalatkan,” tegas Mazlan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulan Pesuruhjaya Polis Sarawak, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini semalam.

Menurutnya lagi, sepanjang tahun lepas sebanyak 11 kes dilaporkan untuk tempoh yang sama pada tahun ini.

“Disebabkan itu, kita tidak akan berdiam diri dan mengambil tindakan tegas untuk mengekangnya memandangkan kes ini mencatatkan peningkatan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles


Kahwin Ganti


Luahan Hati Cikgu Tuisyen


Prosedur Akuan Sumpah untuk Bakal Guru


Cadangan bina jambatan konkrit elak ancaman bahaya murid SK Sungai Kapit


Sarapan ZUS Coffee - Delivery Menu


Semakan Keputusan STPM 2016 Online Penggal 1


Shhh… I Love You


Kad bude bice - epizoda 2


Awek Melayu Tayang Body Mantap Untuk Lelaki Di Laman Sosial


(TAHNIAH)Jaclyn Victor Sudah Kahwini Shawn Rivera 17 Julai Lalu



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>