Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

SUPP Pujut bantu keluarga daif

$
0
0

MIRI: Akibat masalah kesihatan serius seperti obesiti, darah tinggi, diabetes dan komplikasi jantung, Nuyang Voon, 53, hanya duduk sepanjang masa dan tidak mampu berdiri kerana tidak dapat mengimbang dirinya.

Nuyang  berasal dari Sri Aman tinggal bersama suami, anak dan menantu serta tiga cucunya bergantung hidup dengan menantu yang bekerja sebagai buruh dan bergaji hari.

Rumah didiami keluarga ini selama 22 tahun terletak di Kampung Permai, Piasau Utara kini semakin usang dan mendap ke tanah.

“Hujan  lebat menyebabkan struktur rumah kami seperti tenggelam ke bawah tanah dan atap rumah turut bocor.

“Kami tidak mempunyai bekalan elektrik, hanya bergantung jana kuasa menggunak minyak diesel serta pembelanjaan lebih RM200 setiap bulan,” keluhnya.

Katanya, mereka sekeluarga hanya mengguna bekalan jana kuasa dari jam 6 petang hingga 10 malam kerana berjimat.

Prihatin terhadap nasib menimpa keluarga malang itu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pujut petang Jumaat lalu, tampil menghulur sumbangan makanan dan wang kepada Nuyang sekeluarga diketuai pengerusinya Adam Yii.

Menurut Yii, sumbangan  itu membantu  meringan sedikit sebanyak bebanan Nuyang sekeluarga dan melalui lawatan bersama ahli SUPP Pujut terbabit agar Nuyang tidak berasa disisih.

“Keadaan dan nasib menimpa Nuyang amat menyentuh hati. Kita berusha membantu meringankan bebanan mereka melalui sumbangan diberi.

“Bahkan, lawatan ini memberi kelegaan kepada mereka bahawa masih ada masyarakat luar prihatin terhadap nasib mereka,” katanya.

Kata Yii, beliau akan membantu Nuyong bagi mendapatkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini.

“Kita akan membantu memohon bantuan berkaitan dan akan melakukan tindakan susulan mengenainya. Selain itu juga, kita turut akan membantu memperbaiki atap rumah Nuyang bocor,” tambahnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>