Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Demi kepentingan Swansea City: Jenkins

$
0
0

LONDON, England: Ke­lab Swansea City mengu­mumkan bahawa mereka telah memecat pengurus, Michael Laudrup, hampir setahun selepas beliau membimbing kelab dari Wales itu memenangi trofi besar yang pertama dalam sejarah kelab.

Pengurus berusia 49 tahun dari Denmark itu membimb­ing Swansea menewaskan Bradford City 5-0 pada final Piala Liga Inggeris musim lepas tetapi kelab berkata mereka terpaksa bertindak kerana ‘keadaan yang terus tidak menentu’ menyelubungi masa depan beliau.

Perhubungan Laudrup dengan kelab dilaporkan terjejas pada penutup musim dan satu tempoh buruk beberapa minggu yang lalu menyebabkan Swansea se­makin terjerumus ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.

“Ia satu keputusan yang kami buat dengan berat hati,” kata pengerusi Swan­sea, Huw Jenkins dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawang rasmi kelab.

“Tetapi ia satu keputusan dibuat untuk kepentingan Kelab Bola Sepak Swansea City dan penyokong kami.

“Ia adalah kali pertama dalam hampir 10 tahun di mana kelab memecat pengurus seperti ini, tetapi kami terpaksa menghilang­kan ketidaktentuan menye­lubungi kelab dan masa de­pan jangka panjang Michael bersama kami.”

Swansea berkata bekas ka­pten pasukan, Garry Monk, akan mengambil alih tugas sementara sebagai ketua jurulatih, bersama-sama dengan jurulatih kanan, Alan Curtis.

Selain memenangi Piala Liga, Swansea menamatkan saingan liga di tangga kes­embilan musim lepas tetapi mereka hanya menang sekali dari 10 perlawanan liga tera­khir musim ini.

Kekalahan 0-2 di West Ham United minggu lepas menyebabkan Swansea han­ya berada dua mata di atas zon penyingkiran dan Sabtu ini, mereka akan melayani kunjungan kelab berjiran, Cardiff City.

Menjelaskan keputusan untuk memecat Laudrup, Jenkins berkata: “Saya merasakan ia adalah su­kar untuk mencapai satu persekitaran stabil di kelab yang membolehkan kami kembali ke atas dan mempamerkan tahap prestasi yang selayaknya buat Swansea seperti be­berapa tahun yang lalu.

“Sekarang kami perlu melupakan ketidakten­tuan itu dan melangkah ke hadapan sebagai kelab bola sepak bersatu, selain memberikan penghar­gaan kepada Michael di atas apa yang beliau lakukan dalam 18 bulan terakhir dan meng­harapkan yang terbaik untuk beliau di masa hadapan.”

Laudrup adalah pen­gurus Liga Perdana Inggeris yang ketujuh dipecat musim ini, se­lepas Paolo Di Canio (Sun­der­land), Ian Holloway (Crystal Palace), Martin Jol (Ful­ham), Ste­ve Clarke (West Bromwich Albion), Andre Vil­las-Boas (Tottenham Hotspur) dan Malky Mackay (Cardiff).

Sebagai pemain, Laudrup adalah perancang berbakat di Juventus, Barcelona, Real Madrid dan skuad kebang­saan Denmark.

Beliau memulakan ker­jaya pengurusan di kelab tanahairnya, Brondby pada 2002 dan kemudian bekerja di Getafe, Spartak Moscow dan Real Mallorca.

Pengganti beliau, Monk, adalah salah seorang anggota skuad Swansea yang naik ke Liga Perdana dari Liga Champi­onship pada 2011 tetapi keced­eraan men-yebab­kan beliau kurang bermain sejak dua setengah musim se­lepas itu. — AFP


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>