Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Uniknya telur ‘berdiri’

$
0
0

FENOMENA UNIK: Mendirikan telur mentah merupakan satu perkara mudah dilakukan pada hari pertama musim bunga iaitu semalam.

KUCHING: Mendirikan telur bukan sesuatu yang mudah dilakukan, lebih-lebih lagi tanpa sebarang bantuan.

Namun mengikut kepercayaan kaum Tiong Hua, perkara itu boleh dilakukan lebih senang pada hari pertama musim bunga iaitu sema-lam, berbanding hari-hari lain.

Mengikut kepercayaan, telur mentah itu boleh didirikan berikutan tarikan graviti lebih kuat.

Turut didapati, ramai di kalangan pengguna laman sosial Facebook khasnya yang berbangsa Cina memuat naik gambar-gambar telur yang ‘berdiri’ seimbang, pagi semalam.

Kepercayaan itu serupa dengan budaya barat yang turut percaya telur boleh ‘berdiri’ seimbang pada musim bunga.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>