Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

PPKS terima pengiktirafan daripada JPK tahun 2013

$
0
0

KUCHING: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) baru-baru ini menerima pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi Penarafan Program Bertauliah di Pusat Pembangunan Tahun 2013.

Menurut kenyataan akhar yang dikeluarkan PPKS di sini semalam, pengiktirafan program itu adalah untuk memastikan sebuah institusi pendidikan mencapai tahap piawaian dalam mengendalikan kursus-kursus yang ditawarkan.

Pusat-pusat latihan PPKS seperti PPKS Kuching, Miri, Mukah, SAVTI dan AWISAR mendapat pengiktirafan tersebut setelah aktiviti audit dijalankan pada September tahun lepas.

Bagi PPKS Kuching, dua daripada 20 program yang ditawarkan telah mencapai tahap lima bintang (cemerlang) dan program tersebut adalah Pemasangan serta Penyelenggaraan Elektrik (Tiga Fasa) dan Pemasangan serta Penyelenggaraan Elektrik (Satu Fasa), sementara 18 lagi program mendapat empat bintang (sangat baik).

Manakala PPKS Miri pula telah mendapat penarafan dalam program Juruteknik Automasi Senior (Cemerlang), Pembantu Juruteknik Sistem Komputer (Cemerlang), Juruteknik Automasi (Cemerlang) dan Assistant Mechatronic Technologist (Sangat Baik).

PPKS SAVTI ataupun nama penuhnya Sarawak Agriculture Vocational Training Institute pula mendapat tahap lima bintang bagi kesemua kursus yang ditawarkan seperti kursus Mandur  dan Konduktor Ladang.

PPKS AWISAR (Automotive and Welding Institute Sarawak) yang berlokasi di Demak Laut mendapat penarafan tahap empat bintang untuk program Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon dan Keluli Tahan Karat) (Sangat Baik), Pembantu Jurutera Kimpalan (Fabrikasi) (Sangat Baik), Juruteknik Kimpalan Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon dan Keluli Tahan Karat) (Sangat Baik), Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon) (Sangat Baik), Juruteknik Kanan Kenderaan Motor (Baik), Juruteknik Kenderaan Motor (‘Motor Vehicle Technician’) (Baik) dan Juruteknik Automotif (Baik).

PPKS Mukah pula mendapat penarafan yang baik bagi program-program Pembuat Pakaian Wanita, Juruteknik Elektrik Rendah, Pembantu Juruteknik ssitem Komputer dan Pembuat Pakaian Wanita Kanan.

“Pengiktirafan ini telah membuktikan komitmen dan juga kesungguhan PPKS dalam memberikan perkhidmatan latihan dan kemudahan terbaik untuk para penuntut di PPKS.

“Hal ini sejajar dengan keperluan para industri yang memerlukan jumlah tenaga mahir dan separa mahir yang ramai serta berkualiti tinggi,” menurut kenyataan itu lagi.

Sebagai peneraju dalan bidang latihan teknikal dan vokasional di Sarawak, PPKS terus komited dalam melahirkan tenaga-tenaga mahir dan separa mahir di Sarawak.

PPKS telah berjaya melahirkan seramai 36,880 pelajar sejak penubuhan PPKS 20 tahun yang lepas.

Bagi individu yang berminat, boleh terus ke pejabat PPKS yang beroperasi di Jalan Canna off Jalan Wan Alwi di Tabuan Jaya atau menghubungi talian 082-364198 untuk sebarang pertanyaan lanjut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>