Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

75% ahli DAP di Tupong adalah Melayu: Abd Aziz

$
0
0

KUCHING: Meskipun baharu sahaja dibuka lima bulan lepas, Pusat Khidmat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong menerima sambutan baik segenap lapisan masyarakat di kawasan itu.

Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa yang juga pengendali kepada pusat khidmat DAP DUN Tupong berkata, malahan keahlian DAP DUN Tupong kini terdiri daripada 75 peratus Melayu, sementara 25 peratus ahli adalah Iban, Bidayuh dan Cina.

“Pembukaan Pusat Khidmat DAP Kawasan Dun Tupong ini telah memberi impak yang sangat besar kepada parti lawan terutamanya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Malah daripada aduan yang saya terima, pusat khidmat PBB di Lee Ling Matang selalu ditutup, maka mereka (masyarakat setempat) berpaling arah kepada DAP untuk meminta bantuan,” katanya melalui SMS kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Pada 8 September tahun lepas, DAP Sarawak membuka satu lagi pusat khidmat parti di kawasan bukan Cina iaitu di kawasan DUN Tupong dalam usahanya mendekati rakyat di situ dan pejabatnya terletak di Pusat Komersial Emart Matang.

Tambah Abdul Aziz, pembukaan pusat khidmat berkenaan tepat pada masanya kerana kawasan paling maju di DUN Tupong adalah Matang, yang kian pesat membangun.

Ia, ujar beliau, sesuai dengan kehadiran DAP yang telah biasa dengan keadaan bandar dan kawasan maju.

“Kehadiran kami disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat dan banyak aktiviti yang diadakan DAP di sini.

“Kami banyak membuat program ‘We HELP,’ yang menjadi tema perjuangan DAP di Tupong,” kata beliau.

Abdul Aziz memberitahu ‘We HELP’ adalah We-Welfare (Kebajikan), H-Health (Kesihatan), E-Education (Pendidikan), L-Labour (Pekerjaan) dan P-Pension (Persara).

“Jumlah sebenar ahli kami adalah perkara sulit, tetapi 75 peratus keahlian DAP di DUN Tupong adalah Melayu selebihnya 25 peratus adalah Iban, Bidayuh dan Cina,” tegasnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>