Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pengorbanan tentera bantu Malaysia capai kemajuan: Harden

$
0
0

UNTUKMU: Harden (kiri) menyampaikan hadiah kepada seorang penerima sambil disaksikan Leftenan Kolonel Zamsari pada majlis itu.

SRI AMAN: Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis berkata, pengorbanan anggota tentera membolehkan Malaysia mencapai status negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi, aman dan stabil dari semasa ke semasa.

Menurutnya, keselamatan dan kesejahteraan negara terjamin hasil sumbangan anggota tentera selama ini yang membolehkan semua rakyat menikmati pertubuhan ekonomi yang baik dan makmur.

“Lantaran itu semua lapisan masyarakat perlu sentiasa menghargai dan memperingati jasa para anggota kita yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara kita selama ini,” katanya.

Harden yang juga Menteri Muda Perumahan berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Keluarga sempena Hari Ulang Tahun Ke-44 Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) di Kem Pakit, Sri Aman baru – baru ini.

Pada majlis itu Harden turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 untuk 13RAMD dan RM10,000 untuk Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT).

Sementara itu beliau turut menyarankan 13RAMD agar melaksana lebih banyak aktiviti berbentuk kekeluargaan.

“Saya menasihati semua warga 13 RAMD agar dapat membahagikan masa dengan bijaksana bagi tugas-tugas pejabat dan masa untuk bersama keluarga masing-masing,” katanya.

Turut hadir Pegawai Memerintah 13RAMD Kem Pakit, Sri Aman Leftenan Kolonel Zamsari Abu Hassan, Ahli Majlis Daerah Sri Aman Kaunselor Sawing Sumar dan Pemuda SUPP N.27 Simanggang Patrick Michael Malajin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>