Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

SABERKAS akan menubuhkan kelab kampus ketiganya di Kolej Masterskill

$
0
0

UNTUK KEAHLIAN: Dr Abdul Rahman (duduk, empat kiri) merakam kenangan bersama ahli exco, pihak pengurusan Masterskill dan pelajar. Turut kelihatan Abu Seman (duduk, tiga kiri), Irene (duduk empat kanan) dan Susie (duduk, tiga kanan).

KUCHING: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) akan menubuhkan kelab kampus ketiganya ekoran daripada perjanjian yang dilakukan bersama Kolej Masterskill Global.

Menurut Setiausaha Agungnya Dr Abdul Rahman Junaidi, pengurusan Masterskill telah bersetuju untuk menubuhkan Kelab SABERKAS, yang akan dilancarkan pada Mac akan datang.

“Langkah ini selari dengan usaha kami untuk mencapai lebih ramai ahli-ahli muda terutama mereka yang masih menuntut di kolej atau universiti.

“Kami telah menubuhkan kelab kampus di UNIMAS dan UiTM Sarawak sebelum Masterskill. Kami akan terus mencapai kolej dan universiti.

“Kelab Kampus SABERKAS adalah kelab bebas, yang bermakna mereka tidak terikat dengan sebarang hubungan dengan mana-mana cawangan sedia ada.

“Mereka bebas menganjurkan aktiviti-aktiviti mereka sendiri dan mempunyai pemegang jawatan mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahli Exco SABERKAS dan pengurusan Masterskill di sini, kelmarin.

Dr Abdul Rahman menegaskan terdapat banyak kelebihan kepada pelajar untuk menyertai Kelab SABERKAS di kampus mereka.

“Penglibatan dalam SABERKAS akan melatih mereka menjadi pemimpin dan melatih kemahiran interpersonal mereka.

“Ia akan meningkatkan peluang rangkaian serta pencarian kerja mereka selain belajar bergaul dengan masyarakat keseluruhannya pada masa akan datang.

“Selain itu, kami juga akan menubuhkan Jawatankuasa Misi Kemanusiaan dalam SABERKAS tidak lama lagi dan pelajar bebas menyertainya untuk membantu mereka yang terjejas oleh bencana,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa langkah tersebut adalah tepat memandangkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan tampil dengan keperluan iaitu pelajar institusi pengajian tinggi mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum.

“Ia adalah satu pendekatan menang-menang memandangkan pelajar akan mendapat manfaat daripada keahlian SABERKAS dan kolej akan mempunyai nama yang baik kerana mampu menghasilkan graduan berkualiti bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi kemahiran kepimpinan dan sosial,” katanya.

Para pelajar yang berminat boleh mendaftar sebagai ahli SABERKAS melalui laman sesawangnya http:// www.saberkas.org.

Hadir sama pada mesyuarat berkenaan Timbalan Setiausaha Agung SABERKAS Abu Seman Jahwie, Pengurus Pusat Masterskill Dr Irene Lau, pengurus Akademik Masterskill Dr Susie Lau dan yang lain.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>