Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

MARA beri diskaun 50% bayar balik pinjaman pendidikan

$
0
0

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberikan diskaun sebanyak 50 peratus kepada peminjam pendidikan MARA yang telah membuat pinjaman pada 2010 dan tahun-tahun sebelumnya.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata pemberian diskaun itu mengikut jumlah baki pinjaman yang belum dijelaskan dan perlu dibayar dalam satu bayaran dan tawaran ini untuk tempoh setahun bermula April ini.

“Sedikit sebanyak MARA dapat manfaat supaya hutang lama itu dapat dibayar, kita boleh gunakan wang itu untuk membiayai pelajar sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel dalam Program PERSADA CityTalk bertajuk ‘Perumahan Mampu Milik Generasi Masa Depan’ di Kompleks Tabung Haji, di sini semalam.

Annuar berkata diskaun itu diberikan kerana peminjam pada masa itu tidak mendapat potongan apabila membuat bayaran berbanding peminjam selepas tahun 2010, di samping menggalakkan peminjam untuk membuat bayaran balik.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata kredibiliti MARA tidak terjejas ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anak syarikatnya Mara Incorporated Sdn Bhd.

Beliau berkata siasatan itu adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan tidak perlu timbul sebarang spekulasi.

Pada 18 Mac lepas, Annuar menyerahkan beberapa maklumat terkini berkaitan pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh anak syarikatnya Mara Incorporated Sdn Bhd kepada SPRM bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Ia berhubung dakwaan terhadap beberapa pegawai tinggi MARA dan seorang bekas ahli politik telah membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan Malaysia untuk membeli sebuah blok pangsapuri yang dikenali Dudley International House di Melbourne. — Bernama

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>