Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Program Bubur Lambuk Perdana Parlimen Lanang

$
0
0

SIBU: Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Usahajaya Baru Fasa II, Jalan Sentosa, Salim di sini menganjurkan Program Bubur Lambuk Perdana (Parlimen Lanang) sempena Sambutan Maulidur Rasul, kelmarin.

Selain gotong-royong memasak bubur lambuk, program turut menyediakan sumbangan JASA Prihatin kepada 15 penerima terdiri daripada penduduk Kampung Usahajaya Baru Fasa I dan II.

Program ini dijalankan serentak di seluruh negara iaitu di 222 kawasan Parlimen.

Kira-kira 600 bungkus bubur lambuk disediakan dan diagihkan kepada penduduk setempat.

Bubur itu diagihkan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS) Hamden Merais yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee.

Hadir sama Pegawai JASA Bahagian Sibu Awang Julaihi Awang Ali Borhan, Penyelaras JASA Parlimen Lanang Wilma Stanley Gramong, Pengerusi KRT Kampung Usahajaya Baru Fasa II Olive Bol, Ketua Kampung Usahajaya Baru, Jalan Sentosa, Salim Mohd Ali Serani serta tetamu lain.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>