Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

CAHB anjur pemeriksaan kesihatan di PDK Perpikat

$
0
0

BINTULU: Hospital Columbia Asia Bintulu (CAHB) di bawah tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) menganjurkan pemeriksaan kesihatan secara percuma di Pusat Dalam Komuniti (PDK) Perpikat di sini, semalam.

Pengurus Besar CAHB Matthew Sim berkata, projek komuniti itu melibatkan sumbangan tenaga dan kemahiran daripada kakitangan CAHB kepada PDK Perpikat, khasnya ibu bapa penghuninya.

Katanya, pihaknya bukan sahaja menjalankan pemeriksaan kesihatan, malah menjawab apa jua pertanyaan dan memberi kaunseling mengenai kesihatan kepada ibu bapa yang terlibat.

“Pemeriksaan kesihatan ini untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa yang menghidap penyakit agar mendapatkan rawatan dan ujian lanjut daripada doktor-doktor kami atau doktor lain,” katanya sambil berterima kasih kepada ibu bapa yang menjayakan program itu semalam.

Beliau berkata, ujian kesihatan bukan untuk menakut-nakutkan, sebaliknya memeriksa tahap kesihatan seseorang.

Sementara itu, Pengerusi PDK Perpikat Lu Chieng Hoong berterima kasih kepada CAHB dan pasukannya kerana menganjurkan program yang julung-julung kalinya diadakan di pusat itu.

Seramai 70 ibu bapa dan staf PDK Perpikat menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma itu yang dikendalikan oleh lapan kakitangan yang juga jururawat CAHB.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>