Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Senadin Gateway transformasikan Desa Senadin

$
0
0

BANDAR SATELIT: Lee (dua kiri) ditemani James (kiri), Sow (tiga kanan) melihat pelan projek Senadin Gateway pada majlis MoU Green Summit dan Nam Leong di Miri semalam.

MIRI: Pembangunan pusat komersial baharu, Senadin Gateway akan mentranformasikan Desa Senadin sebagai bandar satelit moden di kawasan utara Miri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin berkata pembangunan kemudahan baharu bukan sahaja akan memanfaatkan lebih 30,000 penduduk tempatan tetapi juga ekspatriat dan pelajar asing yang menetap di sekitar kawasan berkenaan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pihak Green Summit (pemaju).

Pembangunan kawasan komersial ini penting di kawasan Desa Senadin.

Pada 20 tahun lalu, Desa Senadin hanya merupakan kawasan hutan dan hari ini Desa Senadin bertukar sebagai bandar satelit moden di sini,” katanya di sini semalam.

Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Green Summit Development Sdn Bhd dan Nam Leong Retail Group.

Green Summit diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, James Hii Sing Lung sementara Nam Leong diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Sow Hoe Tiong.

Lee yang juga Menteri Muda Perhubungan berkata, pembangunan Senadin Gateway akan menambah tarikan Desa Senadin dan bakal menjadi destinasi pelancongan baharu khasnya di utara yang merupakan pintu masuk kepada para pelancong dari negara jiran, Brunei Darussalam.

Mereka boleh membeli-belah di pasar raya Nam Leong yang besar, berhibur menonton filem di wayang baharu dan beriadah bermain boling di pusat komersil baharu itu.

“Kita berharap dengan kemudahan yang mencukupi akan memenuhi keperluan pelajar antarabangsa di Curtin.

Kita juga mempunyai sebuah sekolah antarabangsa (Tenby),” tambahnya.

Tentang isu keselamatan, Lee berkata, pemaju bersetuju dengan cadangan menyediakan pondok-pondok polis di kawasan mereka.

Beliau turut mencadangkan agar sebuah balai polis didirikan di Desa Senadin dan cadangan itu disokong oleh Ketua Polis Daerah Miri dan akan dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Tentang pembangunan bandar raya Miri, Lee memberitahu bahawa pembangunan Miri dirancang dengan teratur dengan kemudahan moden oleh kerajaan negeri.

Beliau gembira sokongan padu syarikat swasta membangunkan Miri sehingga berjaya mencapai status bandar raya peranginan pada 2005.

“Kita lihat Miri semakin membangun.  Ini memberi banyak peluang perniagaan dan pekerjaan baharu.  Saya juga gembira kerana sektor swasta yakin melabur di sini,” katanya.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>