Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Penduduk Kampung Pujut Tanjong Batu gotong-royong basmi aedes

$
0
0

MIRI: Penduduk Kampung Pujut Tanjong Batu semalam beramai-ramai membersihkan kawasan persekitaran kampung untuk membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes dan mencegah jangkitan demam denggi.

Aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh pegawai Pejabat Kesihatan Bahagian Miri yang diadakan di padang futsal kampung.

Ketua Kaum Usman Sulaiman menyeru penduduk agar mengekalkan kebersihan kawasan kediaman masingmasing.

“Kerjasama semua penting untuk memastikan kampung kita bebas daripada wabak denggi,” jelasnya.

Aktiviti dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang turut mendapat kerjasama dari Majlis Bandaraya Miri (MBM).

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>