Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pengurusan tanah gambut tarik minat Indonesia

$
0
0

Rombongan akan lawat Malaysia untuk belajar tangani pembakaran ladang dan hutan secara terbuka

// Oleh Sandy Mark Luna //

UNTUK KENANGAN: Wan Junaidi (tengah), isterinya Datin Sri Feona Junaidi (lima kiri), Pemanca Rahsidi Junai (lima kanan) serta Penghulu Sidek Sitam merakamkan kenangan bersama para penerima Bantuan Kecemasan (Bantuan Pendidikan).

UNTUK KENANGAN: Wan Junaidi (tengah), isterinya Datin Sri Feona Junaidi (lima kiri), Pemanca Rahsidi Junai (lima kanan) serta Penghulu Sidek Sitam merakamkan kenangan bersama para penerima Bantuan Kecemasan (Bantuan Pendidikan).

KUCHING: Kepakaran serta pengalaman luas dalam pengurusan tanah gambut menarik minat pihak Indonesia untuk mengadakan lawatan ke negara ini bagi mempelajari strategi menangani masalah pembakaran ladang dan hutan secara terbuka.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, rombongan dari Indonesia dijangka membuat kunjungan hormat ke kementeriannya dalam usaha mengatasi masalah jerebu sejurus masalah kebakaran di negara itu reda.

“Kita mempunyai kepakaran dalam pengurusan tanah gambut dan latar belakang ini menarik minat Indonesia untuk melawat kementerian saya bagi mengetahui lanjut strategi menangani kebakaran hutan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Kecemasan (Bantuan Pendidikan) di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Santubong di sini, semalam.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, pihak dari negara jiran itu berminat untuk melihat sendiri penggunaan teknologi perigi bawah tanah yang dipasang di kawasan-kawasan tanah gambut di seluruh negara.

Menurut beliau, penggunaan teknologi itu terbukti berkesan dalam mengatasi pembakaran hutan yang menyumbang dengan ketara kepada masalah jerebu.

“Mereka mahu melihat sendiri sistem yang kita katakan ‘tube well’ (perigi bawah tanah) yang dilaksanakan di seluruh kawasan tanah gambut dan hutan kita,” katanya.

Beliau pada masa sama turut melahirkan harapan agar Bajet 2016 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober ini akan memberi peruntukan khas kepada kementeriannya, bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi melaksanakan lebih banyak perigi bawah tanah.

Mengulas mengenai bantuan disalurkan kepada Indonesia dalam memadam kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan bagi menangani jerebu, katanya, kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan bersiap sedia untuk membantu sekiranya diperlukan.

Setakat ini, katanya, kerajaan telah menghantar pesawat Bombardier CL415MP bagi menggugurkan bom air untuk memadam kebakaran di kawasan yang luas di negara itu, yang dijangka tamat operasi esok.

“Kita membantu berlandaskan permohonan daripada Indonesia. Kementerian Pertahanan di bawah pengelolaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengurus dan mengkordinasi bantuan daripada Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Alam Sekitar untuk melaksanakan tugas di sana.

“Mungkin kita akan hantar sepasukan bomba untuk membantu secara terperinci di Sumatera atau di Kalimantan sekiranya dipinta,” katanya.

Mengenai persediaan negara dalam menghadapi El-Nino, iaitu fenomena pemanasan suhu permukaan laut, Wan Junaidi memberitahu beliau telah mengarah jabatan-jabatan berkaitan untuk mengeluarkan notis melarang pembakaran terbuka.

Fenomena itu yang antara kesannya adalah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain kemarau berpanjangan, dijangka berterusan hingga pertengahan tahun 2016.

Terdahulu, majlis menyaksikan penyampaian bantuan pendidikan kepada 92 orang di kawasan Santubong yang melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan awam dan swasta sama ada di tahap sijil, diploma dan ijazah sarjana.

Penerima bantuan, masing-masing menerima sejumlah wang RM300 bagi lanjutan tahap sijil, RM500 (diploma) dan RM700 (ijazah sarjana), menjadikan jummlah keseluruhan RM56,000.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>