Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

CSMU perlu patuhi syarat MMC sebelum diiktiraf

$
0
0

KUALA LUMPUR: The Crimea State Medical University (CSMU) di Ukraine perlu mematuhi syarat yang ditetapkan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sebelum program perubatannya dapat diiktiraf.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, CSMU mesti menyelesaikan isu-isu berbangkit yang belum diperbaiki oleh universiti itu sejaktahun lepas.

Katanya, MMC menghantar pasukan panel untuk menyemak status program di CSMU tahun lepas dan mendapati beberapa kelemahan yang dibangkitkan oleh panel penilai pada 2005 masih tidak ditangani.

“Selepas CSMU menangani perkara berbangkit, mereka boleh meminta MMC menghantar panel untuk lawatan semula dan menyemak status universiti itu,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Tanpa menyebut perkara yang dimaksudkan, Dr Subramaniam menasihatkan CSMU menulis surat kepada MMC untuk mendapatkan laporan penilaian dan seterusnya memperbaiki kelemahan yang ada.

Pada Jun, Dr Subramaniam dilapor berkata program perubatan yang ditawarkan CMSU yang telah dikeluarkan daripada jadual kedua Akta Perubatan 1971, disemak semula.

“Dasar MMC sangat jelas bahawa badan itu hanya akan berurusan dengan pihak pentadbiran universiti dan bukan menerusi ejen atau badan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan universiti atau pelajar,” katanya.

Pada 7 Ogos 2001, CSMU menerima pengiktrafan untuk menawarkan program perubatan bagaimanapun banyak aduan diterima berhubung institusi itu dan juga prestasi lepasannya.

MMC bertindak menarik balik pengiktirafan terhadap CSMU pada 2005 dengan sokongan kerajaan, namun bagi memastikan langkah itu tidak menjejaskan pelajar Malaysia, keputusan berkenaan hanya membabitkan pelajar yang berdaftar selepas tarikh 31 Dis 2005.

Susulan permintaan CSMU, MMC menghantar panel penilai untuk semakan semula dari 18 hingga 20 Okt tahun lepas, namun mendapati masih ada kelemahan serius seperti yang dikesan pada lawatan panel terdahulu. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>