Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Mukhriz akan temui Guan Eng bincang caj air mentah

$
0
0

JITRA: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, beliau akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membincangkan caj penjualan air mentah dari negeri ini kepada Pulau Pinang.

Beliau berkata, ini susulan Lim dilaporkan meminta mengadakan perbincangan namun belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Mukhriz berkata, Lim telah salah faham mengenai tuntutan kerajaan negeri Kedah itu kerana tuntutan itu lebih bersifat menang-menang kepada kedua-dua pihak.

“Itu yang kita hendak sampaikan kepada Guan Eng, namun belum sempat kita nak cakap apa-apa dia dah tolak. Sebagai negeri berjiran banyak perkara kita boleh saling bantu-membantu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 280 Guru Al-Quran Sukarela dan Bidan Kampung kawasan Parlimen Jerlun pada majlis berbuka puasa di Kampung Pida Tiga, Tunjang dekat sini, malam kelmarin.

Mukhriz berkata, perbincangan peringkat pegawai antara kedua-dua kerajaan telah dibuat dan boleh diteruskan pada peringkat kerajaan.

Lim sejak awal lagi menegaskan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membayar caj air mentah yang dituntut oleh Kedah dengan alasan air anugerah Tuhan adalah percuma dan mengikut undang-undang antarabangsa Pulau Pinang tidak perlu membayar sesen pun kepada Kedah.

Kedah membuat tuntutan untuk mengenakan caj tersebut atas alasan air yang dibekalkan adalah melalui Sungai Muda dan wang yang dikutip akan digunakan bagi menampung kos pemuliharaan kawasan tadahan air di kawasan Empangan Pedu. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>