Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kerjasama kerajaan negeri perlu untuk capai misi TMM

$
0
0

Kerjasama membolehkan k’jaan bertindak secara kolektif

GEORGE TOWN: Kerajaan pusat memerlukan kerjasama dengan semua kerajaan negeri bagi menjayakan sasaran 28 juta kehadiran pelancong antarabangsa ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, menerusi jalinan kerjasama, kerajaan pusat dapat mengambil tindakansecara kolektif dan ia adalah lebih berkesan berbanding tindakan secara bersendirian.

“Hanya tinggal beberapa hari lagi menuju ke TMM 2014, saya berharap kerjasama semua pihak dapat dijalinkan bagi menjayakan misi nasional ini,” katanya ketikaberucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Hari Krismas 2013 di sini baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamed Nazri berkata, negara juga menyasarkan perbelanjaan pelancong sebanyak RM76 bilion sempena TMM 2014.

“Jumlah perbelanjaan pelancong juga meningkat sebanyak 9.6 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini kepada RM46.43 bilion berbanding tempohyang sama tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kehadiran pelancong ke negara ini juga telah meningkat sebanyak 3.3 peratus iaitu sebanyak 18.76 juta orang dari Januarihingga September tahun ini berbanding 18.15 juta pada tempoh yang sama tahunlepas.

Mohamed Nazri berkata, Malaysia berbangga kerana telah disenarai sebagai satu daripada 10 destinasi utama untuk dilawati pada 2014 oleh LonelyPlanet.

“Prestasi industri pelancongan di Malaysia masih kekal menggalakkan. Kedatangan pelancong pada akhir tahun ini akan terus meningkat,” katanya. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>