Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Banjir: Amalkan penjagaan kesihatan betul cegah penyakit

$
0
0

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri memohon kerjasama orang ramai terutama ibu bapa agar mengamalkan langkah keselamatan dan penjagaan kesihatan yang betul bagi mencegah ahli keluarga dijangkiti penyakit semasa dan selepas banjir.

Pengarahnya Datu Dr Zulkifli Jantan berkata, antara langkah yang perlu diambil termasuk menyimpan dan membawa dokumen penting semasa pemindahan dan mematuhi segala arahan berpindah yang dikeluarkan pihak berkuasa.

“Oleh itu orang ramai diminta sentiasa bersiap sedia untuk berpindah termasuk membawa dokumen penting bersama dan sentiasa menjaga kesihatan diri serta ahli keluarga semasa berada di pusat pemindahan dan selepas banjir,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Menurutnya, mereka yang mempunyai ahli keluarga pesakit terlantar dan pesakit haemodialisis pula dinasihatkan untuk membawa pesakit berkenaan selain menghubungi pejabat kesihatan untuk mendapatkan nasihat serta rawatan yang sepatutnya.

Beliau berkata, keutamaan juga harus diberikan kepada penjagaan keselamatan semasa banjir termasuk berpindah segera ke pusat permindahan banjir sekiranya diberi arahan.

“Jangan biarkan kanak-kanak bermain air banjir kerana ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa.

“Pada masa sama tutup semua suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan gas sebelum meninggalkan rumah selain tidak menghampiri dawai elektrik yang terjatuh ke dalam air,” ujarnya.

Menurut Dr Zulkifli lagi, pelbagai penyakit mudah berjangkit akan berlaku semasa banjir termasuk jangkitan salur pernafasan, sakit mata, penyakit kencing tikus, cirit birit, hepatitis A, taun, demam kepialu, keracunan makanan, denggi, jangkitan kulit, demam campak, penyakit tangan kaki dan mulut, malaria serta cacar.

“Saya berharap mangsa banjir dapat mengambil beberapa langkah seperti kerap minum air yang dimasak sempurna atau air botol, mengelak makan makanan mentah selain menjaga kebersihan diri dan sekeliling kediaman,” jelasnya.

Bagi mengelak berlakunya wabak penyakit selepas banjir, Dr Zulkifli mahu orang ramai mengambil beberapa langkah penting seperti membersih kawasan sekitar rumah dan segera mendapatkan rawatan sekiranya demam, cirit birit, muntah dan mengalami gangguan kesihatan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>