KUCHING: War15 muncul juara kategori terbuka lelaki Pertandingan Futsal Trofi Datuk Bandar selepas mengalahkan SJN FC 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Futsal Conelli.
Dengan kemenangan itu, War15 membawa pulang trofi dan wang tunai RM1,000.
Manakala SJN FC dan Persela FC (pemenang tempat ketiga) masing- masing memenangi pingat serta wang tunai RM500 dan RM300.
Kategori agensi kerajaan pula menyaksikan UiTM FC merangkuul juara selepas mengalahkan PDRM FC 1-0 sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai RM1,000.
PDRM FC pula membawa pulang pingat dan wang tunai RM500 manakala pemenang tempat ketiga Brooke Dockyard A memenangi pingat dan wang tunai RM300.
Kategori wanita terbuka menyaksikan Tidal Bore FC mengalahkan Bandarayaku 3-2 dalam penentuan penalti.
Kemenangan itu menyaksikan Tidal Bore membawa pulang trofi dan wang tunai RM1,000 manakala Bandarayaku dan pemenang tempat ketiga, Venom masing-masing membawa pulang wang tunai RM500 dan RM300 berserta pingat.
Pertandingan itu dianjurkan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bersama Conelli Sdn Bhd.
Penyampaian hadiah disempurnakan Datuk Bandar DBKU, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.