Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

RRSS Senior juara bola tampar KPS

$
0
0

TAHNIAH: Aziz (tengah) menyampaikan hadiah kepada wakil pasukan SBG (Sibu) yang muncul juara keseluruhan kategori wanita Kejohanan Bola Tampar Pantai KPS, baru-baru ini.

MIRI: Pasukan RRSS Senior dari Miri muncul juara keseluruhan Kejohanan Bola Tampar Pantai Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) selepas mengalahkan B-Ball pada perlawanan akhir, baru-baru ini.

Berlangsung di Beach Republic Luak Bay, pertandingan itu menyaksikan RRSS Senior membawa pulang RM500, sebuah piala, medal iringan bersama sijil penyertaan.

Meskipun tewas pada final itu, pasukan B-Ball tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima RM300, piala, medal dan sijil penyertaan.

Sementara itu, A-Ball (RRSS ‘A’) yang berada di tempat ketiga pula menerima RM200, piala dan medal iringan.

Dalam satu lagi kategori, pasukan SBG (Sibu) muncul juara keseluruhan kategori wanita selepas mengalahkan RRSS ‘C’ (Miri) juga pada perlawanan akhir.

Kedua-dua pemenang menerima RM500, RM300 bersama piala, medal dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula milik RRSS ‘B’ dan mereka menerima RM200, berserta piala dan medal.

Sejumlah 24 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan itu, iaitu masing-masing 13 pasukan lelaki dan 11 pasukan wanita.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Pemangku Residen Bahagian Miri, Abdul Aziz.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai Penguasa Pejabat Pembangunan Sosial Bahagian Miri, Zairul Azhar Sabri.

Sementara itu, dalam satu lagi Kejohanan Beach Soccer KPS 2013, pasukan Prisma Perdana ‘A’ membawa pulang RM1,000, piala dan medal apabila muncul juara keseluruhan pertandingan itu.

Naib johan, tempat ketiga dan keempat pula masing-masing milik pasukan Bola Kaki, Prisma Perdana ‘B’ dan Kenyalang Muda FC.

Kesemua pemenang naib johan hingga tempat keempat menerima RM700, RM500 dan RM300 bersama piala, medala iringan dan sijila penyertaan.

Pertandingan itu telah disertai kira-kira 10 pasukan dan ia diadakan adalah untuk mencungkil bakat pemain bola sepak pantai untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Malaysia (SUKMA).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>