Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Penduduk di kawasan MBKS dinasihati bertanggungjawab, tidak bersikap sinis

$
0
0

SELAMAT KRISMAS: Chan dan pemegang watak Santa Claus menyanyikan lagu karoling Krismas yang dipimpin oleh kumpulan karoling MBKS. — Gambar Muhammad Rais Senusi

KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan semalam menasihati penduduk di kawasan seliaan MBKS supaya bertanggungjawab dan tidak bersikap sinis terhadap majlis.

Katanya MBKS sentiasa mematuhi peraturan kewangan yang ketat dan memastikan dana sentiasa mencukupi untuk melaksanakan projek keutamaan.

“Saya tidak mahu orang berkata mereka boleh menyuruh kami melakukan sesuatu perkara kerana mereka membayar cukai kepada kami.

“Mintalah secara baik… jika ia berada di bawah bidang kuasa majlis, kami akan mencari jalan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Krismas MBKS di ibu pejabat MBKS di sini, semalam.

Sementara, Chan kemudian menasihati kakitangannya agar sentiasa mengikuti perkembangan semasa supaya pengetahuan mereka dapat membantu mereka memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat.

“Kakitangan adalah aset paling berharga. Ada orang menilai kita dengan jumlah anugerah yang kita terima tetapi kita mengukur diri sendiri dengan maklum balas daripada orang awam,” katanya.

MBKS telah memenangi beberapa anugerah pada tahun ini termasuk Anugerah Perak bagi Anugerah Setiausaha Persekutuan 2013 semasa Hari Perkhidmatan Awam baru-baru ini selain Anugerah Emas bagi Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia sempena Hari Tandas Sedunia.

Satu kajian kes yang memenangi Anugerah Kemudahan Kebersihan Awam semasa Persidangan Global Ke-5 Bagi Pakatan Kota-Kota Sihat di Brisbane, Australia akan diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai peralatan bagi rujukan kota-kota lain.

Turut hadir Timbalan Datuk Bandar Abang Affendi Abang Anuar, ahli-ahli majlis serta ketua-ketua masyarakat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228