Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Borang permohonan BR1M 2014 mula diedarkan

$
0
0

Ia bagi pemohon baharu, penerima sedia ada tidak perlu daftar tetapi perlu kemas kini maklumat peribadi

MIRI:  Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 bagi pemohon baharu telah mula diedarkan kepada orang ramai di Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Miri sejak awal pagi semalam.

Pegawai Perhubungan Awam LHDN Miri Mohd Safiee Mohd Salleh berkata, setakat jam 11.30 pagi semalam, lebih 200 borang telah diedarkan kepada orang ramai dari dalam dan luar Miri.

“Permohonan BR1M telah dibuka dari sejak awal pagi tadi (Isnin) hingga 31 Januari depan dan orang awam boleh mendapatkan borang sama ada datang sendiri ke pejabat LHDN Miri atau secara online,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

“Setakat hari ini, hanya pemohon baharu yang datang mengambil borang manakala yang telah menerima BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 hanya perlu mengemas kini maklumat peribadi,” jelasnya.

Safiee berkata pemohon juga boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut.

Menurutnya, bagi mereka yang tidak datang ke pejabat LHDN Miri, pemohon baharu boleh memuat turun borang BR1M 2014 melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Dalam perkembangan sama, beliau memberi jaminan bahawa borang BR1M yang sedang diedarkan ketika ini adalah mencukupi hingga 31 Januari depan.

“Orang awam boleh membuat salinan borang BR1M 3.0 dan mereka tidak perlu bimbang jika kekurangan borang seperti mana yang pernah berlaku pada BR1M 1.0 lalu,” katanya.

Safiee berkata pengedaran borang BR1M 3.0 berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini bahkan kakitangan LHDN mencukupi untuk memberi perkhidmatan kepada orang awam.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>