Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Siling jatuh akibat letupan kuat di premis pusat urut

$
0
0

MUSNAH: Siling bangunan retak dan jatuh kesan daripada letupan yang kuat di Miri semalam. Bagaimanapun, dalam kejadian itu tiada yang cedera.

MIRI: Pekerja dan pelanggan di sebuah pusat urut di Jalan Tritonia di sini terkejut apabila terdengar bunyi letupan kuat sehingga mengakibatkan beberapa bahagian siling di luar premis tersebut retak dan jatuh.

Bagaimanapun, dalam kejadian semalam tiada yang cedera.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan insiden letupan itu.

“Kami ada menerima laporan dan setakat ini masih menyiasat punca letupan kuat itu,” katanya.

Beliau menambah, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau letupan dengan niat membakar kediaman atau bangunan orang lain.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>