Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Penerima PGB tunggal kaum Bidayuh meninggal dunia

$
0
0

PAUL NYOPIS

KUCHING: Penerima Pingat Gagah Berani (PGB) tunggal daripada komuniti Bidayuh, Koperal (B) Paul Nyopis Noyeat meninggal dunia awal pagi semalam selepas dua bulan menderita akibat serangan angin ahmar (strok).

Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Tasik Biru Jossem Daweg berkata mendiang Paul disahkan meninggal dunia di Hospital Daerah Bau pada jam 9.52 pagi semalam.

Mayat mendiang telah dibawa balik ke kediaman keluarganya di Kampung Rumih tengah hari semalam manakala upacara pengebumian dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang hari ini.

Mendiang Paul meninggal pada usia 71 tahun dan meninggalkan isteri, Kimen Lambek serta tujuh anak iaitu Evelyn, Rosni, Noni, Janty, Jailani, Terry dan Azura.

Paul merupakan satu-satunya Bidayuh yang dianugerahkan PGB, anugerah keberanian tertinggi negara.

Mendiang bersara sebagai koperal dan terkenal dengan kegagahannya ketika melawan 15 pengganas daripada Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) di Jalan Sebuku-Tondong, Bau pada 15 April 1972.

Atas kegagahannya, Paul dianugerahkan PGB dan menerima anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Baginda pada 8 Jun 1978.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak Datuk Peter Minos berkata rakyat Bidayuh, Jagoi-Bratak amat sedih dengan pemergian salah seorang panglima Bidayuh ini.

“Mendiang Paul Nyopis merupakan ahli aktif dan penyokong persatuan serta sering memberi sokongan dan bantuan dalam acara-acara persatuan,” kata Minos.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>