Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Bahana WeChat

$
0
0
TAHAN: Anggota polis berjaya menahan pemandu Myvi tersebut.

TAHAN: Anggota polis berjaya menahan pemandu Myvi tersebut.

KUCHING: Gara-gara berhubung dengan seorang gadis melalui aplikasi WeChat, seorang pelajar sekolah menengah di sini dibelasah sekumpulan lelaki yang diketuai teman lelaki gadis berkenaan.

Insiden dilaporkan berlaku ketika mangsa bersama beberapa rakannya melepak di sebuah kedai kopi di Jalan Kwong Lee Bank selepas sesi persekolahan sekitar jam 3 petang semalam.

Menurut sumber, tiga remaja lelaki yang menaiki dua buah kereta muncul di hadapan kedai tersebut dan terus membelasah mangsa sebelum menariknya ke dalam sebuah kereta dan beredar dari tempat kejadian.

Rakan-rakan mangsa kemudian memaklumkan insiden itu kepada pihak sekolah sebelum melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dikatakan turut dibelasah di dalam kereta sebelum ditinggalkan di Jalan Chawan.

Bertindak atas laporan polis yang dibuat oleh pihak sekolah, anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) berjaya menahan sebuah daripada kereta suspek iaitu jenis Perodua Myvi beberapa minit kemudian.

“Seorang suspek (lelaki) telah ditahan bersama tiga gadis yang menaiki kereta Myvi tersebut untuk siasatan lanjut,” kata sumber.

Manakala, mangsa yang diiringi keluarganya dilaporkan membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Simpang Tiga.

“Mangsa memberitahu serangan tersebut mungkin disebabkan dia ada berhubung dengan seorang daripada tiga gadis yang ditahan melalui aplikasi WeChat.

“Ekoran itu, teman lelaki gadis terbabit yang dipercayai cemburu selepas mengetahui perkara itu bertindak mencari mangsa dan membelasahnya,” kata sumber.

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>