Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Jurang pelajar bandar, luar bandar kian kecil

$
0
0

KUCHING: Sektor pendidikan di negeri ini berdepan cabaran merapatkan jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata banyak usaha perlu dilakukan semua pihak dan bukan hanya digalas oleh pihak guru.

Komitmen dan kerjasama ibu bapa terutama dalam menyuntik semangat anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh selain menyediakan persekitaran kondusif untuk belajar terbukti berjaya merapatkan jurang berkenaan.

“Berdasarkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 yang diumumkan hari ini, jurang pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam di bandar dan luar bandar semakin kecil.

“Selain itu, berlakunya peningkatan ketara terutama penguasaan minimum ‘D’ dan jumlah memperoleh ‘A’ dalam kesemua mata pelajaran diambil lebih banyak di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika pengumuman keputusan PMR 2013 Peringkat Negeri dibuat oleh Pengarah Pendidikan Negeri Datu Abdillah Adam di sini semalam.

Fatimah menambah, pencapaian pelajar luar bandar dalam PMR 2013 telah menunjukkan peningkatan dari segi kuantiti dan kualiti.

“Ini merupakan satu pencapaian yang baik dan sesuatu yang harus disyukuri kerana ia merupakan usaha serta komitmen semua pihak,” ujarnya.

Keputusan PMR 2013 menunjukkan prestasi pencapaian calon bandar meningkat diukur dari segi Gred Purata Negeri (GPN) iaitu menurun daripada 2.70 (2012) kepada 2.68 (2013).

Manakala nilai GPN calon luar bandar menurun daripada 3.05 (2012) kepada 2.98 (2013).

Dalam pada itu Fatimah menyifatkan peningkatan pencapaian keseluruhan dicatat Sarawak pada PMR 2013 merupakan penutup tirai terbaik kepada peperiksaan itu.

“Ini adalah peperiksaan PMR yang terakhir kerana mulai tahun depan ia digantikan dengan Pentaksiran Pusat Tingkatan 3 dan pencapaian keputusan adalah terbaik setakat ini dan penutupan sangat bagus untuk PMR.

“Dari segi GPN, 2.86 adalah pencapaian terbaik dalam tempoh 11 tahun, kemudian pencapaian minimum ‘D’ dalam semua mata pelajaran iaitu 69.7 peratus, terbaik dalam tempoh 17 tahun selain peningkatan peratusan memperoleh semua A iaitu 4.63 peratus (1,729 calon), juga pencapaian terbaik,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>