KUCHING: Sekolah Lodge menunjukkan peningkatkan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini dengan mencatat 60.6 peratus pelajarnya mendapat semua A.
Menurut kenyataan akhbar semalam, seramai 66 daripada 109 iaitu 60.6 peratus pelajarnya mendapat semua A berbanding 56.4 peratus pada tahun lalu.
Pengetuanya Rijeng Jahet mengucapkan tahniah kepada semua pelajar atas keputusan yang cemerlang dan sokongan daripada tenaga pengajar demi meningkatkan pencapaian sekolah itu.
Malah beliau berbangga GPS untuk tahun 2013 juga meningkat 1.22 berbanding 1.21 pada 2012.