SIBU: SMK St Elizabeth menjadi sekolah terbaik di daerah Sibu bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 selepas memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) 2.00.
Pada PMR tahun lepas, sekolah berkenaan berjaya memperolehi GPS 1.94, sekali gus menunjukkan sedikit penurunan.
Pengetuanya Clement Chieng berkata, meskipun GPS menunjukan sedikit penurunan namun beliau tetap berpuas hati dengan keputusan yang dicapai.
“Ini merupakan tahun ketiga sekolah memperolehi keputusan terbaik keseluruhan di Sibu bagi peperiksaan PMR,” ujarnya kepada pemberita, semalam.
Beliau juga memberitahu bahawa kadar peratusan kelulusan sekolah juga menunjukkan peningkatan iaitu 95.79 peratus berbanding 94.29 peratus pada tahun lepas.
Daripada 261 pelajar yang menduduki PMR katanya, 34 pelajar berjaya memperolehi semua A menakala 16 pelajar lagi mendapat 7A, 18 pelajar (6A) dan 25 pelajar (5A).
“Pada tahun lepas, sekolah mencatat 58 pelajar memperolehi semua A. Meskipun tahun ini menunjukkan sedikit penurunan, kami masih berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi,” jelas Chieng.
Kejayaan itu katanya, hasil usaha keras semua guru dan pelajar, selain daripada sokongan ibu bapa.