Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Moyes lega United ke separuh akhir

$
0
0

TERSEPIT: Penyerang Tottenham Hotspur, Jermain Defoe (tengah) diasak hebat oleh dua pertahanan
West Ham, Razvan Rat (kiri) dan George McCartney pada perlawanan Piala Liga Inggeris di White Hart Lane in London pada Rabu lepas. — Gambar AFP

LONDON, England: Manchester United menewaskan Stoke City 2-0 untuk melangkah ke separuh akhir Piala Liga Inggeris Rabu lepas sementara era pasca Andre Villas-Boas di Tottenham Hotspur bermula dengan kekalahan kepada West Ham United.

Selepas ribut salji menangguhkan seketika perlawanan di Stadium Britannia, United menang menerusi gol Ashley Young dan Patrice Evra.

Dengan kemenangan itu, mereka akan bertemu Sunderland, yang mengejutkan Chelsea 2-1 pada perlawanan Selasa lepas sementara West Ham United akan menentang Manchester City, dengan perlawanan pertama akan berlangsung pada 6 Januari depan.

“Gol pertama malam ini, siapa sahaja yang menjaringkannya akan menjadi penentu perlawanan,” kata pengurus United, David Moyes ketika memberitahu Sky Sports.

“Ia perlawanan yang sengit.  Kami bermain dengan baik sesekali tetapi tidak mencipta terlalu banyak peluang.  Saya fikir Stoke juga tidak mempunyai banyak peluang. ” Mengenai prospek bertemu Sunderland, beliau menambah: “Ia pertandingan piala.

Ia menunjukka n bagaimana bagus Sunderland bermain – Moyes lega United ke separuh akhir mereka menewaskan Chelsea malam semalam (Selasa) dan mereka bermain dengan baik untuk mendapatkan keputusan itu.

“Mereka mempunyai pengurus baharu (Gus Poyet), banyak perkara boleh berubah di antara sekarang dan perlawanan nanti tetapi sudah tentu kami benar-benar gembira untuk melangkah ke separuh akhir.

” Dengan Wayne Rooney tidak diturunkan kerana kecederaan, Moyes meletakkan Danny Welbeck sebagai penyerang tunggal sementara Chris Smalling, Anderson dan Young diturunkan dalam kesebelasan utama.

Young m e m – punya i peluang awal untuk menjaringkan gol tetapi gagal menyempurnakan umpanan Welbeck di hujung kotak penalti.

Namun ribut salji mula melanda pada minit ke-28, menyebabkan pemain dan pengadil bergegas ke bilik persalinan sebelum permainan disambung semula 10 minit kemudian.

Jonny Evans hampir meletakkan United di hadapan tidak lama sebelum rehat tetapi gagal melakukan rembatan selepas mengejar umpanan Smalling.

Moyes memasukkan Javier Hernandez ketika berbaki 30 minit permainan dan tidak lama selepas itu, Young membuka jaringan dengan satu rembatan cantik.

Stoke cuba bangkit tetapi United mematahkan semangat mereka dengan gol kedua minit ke-78 apabila Evra selepas bergandingan dengan Young.

Pada perlawanan lain, Spurs, yang bermain buat kali pertama sejak Villas-Boas dipecat Isnin lepas, gagal mempertahankan pendahuluan 1-0 sebelum tewas 1-2 di tempat sendiri kepada kelab jirannya, West Ham United.

Pemecatan Villas-Boas mengejutkan penerbit buku program hari perlawanan dengan nama beliau masih diletakkan sebagai “Ketua Jurulatih”.

Pengurus sementara, Tim Sherwood, yang menurunkan skuad berbeza, menurunkan Emmanuel Adebayor untuk penampilan kesebelasan utama yang pertama beliau musim ini, bersama-sama Jermain Defoe di jentera serangan dan gandingan itu m e – l e t akka n Spurs di hadapan pada minit ke-67.

Bagaimanapun, Spurs tersentak dengan kecederaan Andros Townsend, yang terpaksa dikeluarkan dan pada minit ke-80, West Ham mengikat kedudukan apabila Matt Jarvis menyempurnakan umpanan Matt Taylor.

Modibo Maiga melengkapkan kebangkitan West Ham lima minit kemudian apabila menanduk hantaran lintang Mohamed Diame untuk memberikan skuad kendalian Sam Allardyce itu kemenangan kedua berturut-turut di White Hart Lane selepas menewaskan Spurs 3-0 pada perlawanan Liga Perdana Oktober lepas.

Maiga hampir menjaringkan gol ketiga pada minit akhir tetapi rembatannya dari jarak jauh terkena palang.

“Ini satu kekecewaan besar untuk diri saya, pemain dan juga kelab,” kata Sherwood, bekas pemain tengah Spurs yang bekerja sebagai penyelaras teknikal kelab sebelum ini. — AFP


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>