KUCHING: Pertandingan senam tari irama akan diadakan pada 23 Mei bermula jam 8 pagi bertempat di Esplanade Telaga Air.
Ia dianjurkan SABERKAS Cawangan Pantai Damai dan SABERKAS Unit-unit Zon Telaga Air.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pertandingan tersebut merupakan landasan terbaik bagi membantu memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
“Bukan mudah untuk seseorang individu melakukan sebarang aktiviti menyihatkan badan secara bersendirian.
“Melalui pertandingan ini, ia dikhas untuk kumpulan bagi menambah kerancakan pertandingan,” katanya.
Borang penyertaan boleh diperolehi di Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai, Jalan Haji Taha.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi pejabat Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai di talian 082-413124, Rosita (013-8190237) atau 010-8157315 (Sebeki).