Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Program khas radio meriahkan Hari Krismas komuniti Bisaya

$
0
0

LIMBANG: Selepas kejayaan menganjurkan Rancangan ‘Rucu Nemuyuh 2013’ untuk pendengar Lun Bawang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Limbang sekali lagi menjayakan ‘Sung Badudun Badapun Radio Jati’ (Jom Berambeh Radio Kita) untuk pendengar setianya khususnya masyarakat Bisaya di kawasan pedalaman di sini.

Bertempat di Kampung Pangkalan Jawa, program itu mendapat kerjasama Unit SABERKAS kampung itu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memeriahkan perayaan Krismas yang bakal menjelang.

‘Sung Badudun Badapun Radio Jati’ memberi peluang kepada penyampai radio turun ke lokasi untuk mendekatkan diri dengan masyarakat dalam usaha menjalinkan hubungan mesra antara mereka dan pendengar setianya melalui pelbagai program.

Pengurus Stesen RTM Limbang, Tabad Sakai yakin program ini akan memperkukuh hubungan antara penyampai radio dan pendengar setia melalui konsep perkongsian idea dalam memberi pembaharuan dari aspek persembahan dan rancangan radio.

“Kita berharap semangat perkongsian idea antara peminat dan deejay mampu memberikan satu pembaharuan dari segi persembahan bagi menghasilkan rancangan radio terbaik dan diminati ramai,” katanya pada program itu malam kelmarin.

Turut hadir Ketua Bahagian Rancangan selaku penyelaras program Ahmad Drahman, Ketua Kampung Pangkalan Jawa John  Sapik dan Pengerusi SABERKAS Pangkalan Jawa, Epis Kulop.

Pada program itu, RTM Limbang turut menyerahkan sumbangan berupa makanan asas kepada 20 orang penerima terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

Tabad turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Karaoke ‘Pangkalan Jawa Idol’ yang dimenangi peserta tunggal wanita, Rossel Salam sekali gus mengalahkan lima peserta lain dengan mendendangkan lagu ‘Rindu Pada Mu.’

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk persembahan kebudayaan, poco-poco dan gambus.

Aktiviti lain termasuk Pentas Krismas, Rakaman Rancangan Khas Krismas serta pameran dan jualan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang mengambil bahagian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>