Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Sibuti bukan ‘markas’ meleraikan kenderaan curi, kata Ahmad Lai

$
0
0

MIRI: Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang menegaskan bahawa kawasan ladang-ladang di konstituensinya belum pernah dijadikan ‘markas’ untuk meleraikan kenderaan curi.

Beliau berkata, setakat ini belum terdapat sebarang aduan secara rasmi berkenaan isu terbabit meskipun kes kecurian kenderaan menunjukkan peningkatan di negeri ini.

“Kita tidak dapat mengesahkan sama ada kenderaan curi ini dileraikan di ladang-ladang sawit namun jika ada, kita minta polis menyiasat lebih lanjut dakwaan berkenaan,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, meskipun belum terdapat bukti kukuh tentang isu itu namun beliau menasihatkan penduduk setempat bekerjasama dengan polis jika ada maklumat.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan orang ramai yang pulang ke kampung sempena perayaan Krismas nanti supaya memastikan rumah dalam keadaan selamat.

“Mereka harus memastikan semua suis elektrik ditutup, selain menghentikan semua langganan akhbar bagi mengelak rumah mereka menjadi sasaran penjenayah pecah rumah,” ujarnya.

Menurutnya, mereka yang pulang ke kampung juga harus merancang perjalanan supaya tidak tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi sehingga mengabaikan keselamatan diri dan orang lain.

“Saya menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya terutamanya yang melalui jalan kerap kemalangan supaya memperlahan kenderaan bagi mengelak kemalangan,” katanya.

Menurutnya, kemalangan sering berlaku pada musim perayaan disebabkan kecuaian manusia yang mementingkan diri sendiri dan membawa kenderaan laju tanpa memikirkan keselamatan diri mereka.

Katanya, bagi konstituensi Parlimen Sibuti antara jalan yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap kemalangan ialah Jalan Bakam, Jalan Bekenu dan pesisir pantai Niah.

“Kawasan ini sememangnya sering berlaku kemalangan dan kita berharap pengguna jalan raya memperlahan kenderaan serta memberi laluan kepada pejalan kaki dan pembonceng motosikal,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>