Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Tangani isu libat golongan belia

$
0
0

Pejabat Residen teliti masalah sosial belia, kemiskinan bandar Kuching

KUCHING: Trend permasalahan sosial, belia dan kemiskinan bandar Kuching tidak begitu membimbangkan namun menjurus kepada pertumbuhan tidak sihat sekiranya tidak dibendung awal.

Residen Bahagian Ku-ching, Abang Shamshudin Abang Seruji berkata pihaknya sedang meneliti serta mengkaji jalan penyelesaian yang efektif terutama berkaitan isu-isu melibatkan golongan belia.

“Kita akan melihat dengan lebih mendalam kesemua isu ini dan cabaran terbesar adalah gejala sosial, kemungkinan mereka berasa tertekan dengan gaya hidup mendiami kawasan bandar.

“Ada yang tidak mampu mencari peluang pekerja-an yang lebih baik, ada juga yang diberhentikan sekolah mencari pekerjaan untuk menyara kehidupan di Kuching,” ujarnya ketika ditemui selepas mengha-diri Program Pemeriksaan dan Derma Darah anjuran MAKSAK bersama agensi kesihatan, keselamatan jalan raya dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), semalam.

Justeru, katanya, pihak Pejabat Residen merancang untuk menjalankan program-program dengan bantuan beberapa agensi pada tahun depan memfokuskan kepada pembangunan komuniti bandar yang lebih utuh.

Beliau tidak dapat men-dedahkan perancangan awal itu, tetapi menekankan bahawa sesuatu perlu dimulakan sebelum gejala itu menjadi lebih teruk.

“Sarawak tidak terkecuali, kita mesti lakukan sesuatu sebelum ia menjadi lebih teruk.

“Data e-Kasih mempunyai hampir 5,000 senarai nama yang berdaftar dan 2,000 projek akan dibuat di bawah program 1AZAM.

“Bahagian Kuching mempunyai senarai tertinggi setakat ini iaitu melebihi 1,000 orang yang tersenarai dalam data berkenaan yang mana pihak Pejabat Residen me-rancang 2,000 projek di bawah program 1AZAM untuk tahun hadapan,” jelasnya.

Beliau baharu menjawat jawatan Residen Bahagian Kuching sejak lima bulan lepas dan pernah menjawat jawatan Residen Bahagian Sri Aman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Tegasnya, mengendalikan dua Pejabat Residen yang berlainan mempunyai cabaran tersendiri.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk melihat komuniti Kuching bergiat aktif dalam industri pengeluaran makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada pengeluaran bahan makanan import dari bahagian lain di negeri ini.

Program yang mendapat mendapat sambutan ramai itu berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4 petang di Kompleks Islam, di sini.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>