Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kawasan Tadahan Air Dalat belum diwartakan

$
0
0

BUKTI: Kimi menunjukkan surat daripada pihak atasan.

Disedari selepas mesyuarat penduduk dan pihak atasan mengenai bantahan terhadap pencerobohan di situ

MUKAH: Kawasan Tadahan Air (Water Catchment Area) Dalat masih belum diwartakan, disedari selepas penduduk Dalat bermesyuarat bersama pihak atasan mengenai bantahan terhadap pencerobohan kawasan tersebut baru-baru ini.

Penduduk Dalat, Kimi Lambang berkata, pada mesyuarat yang diadakan pada 7 November 2013 di Dalat, pihak atasan memberitahu bahawa Dalat tidak pernah mempunyai kawasan tadahan air dan rakyat tidak mempunyai hak untuk membuat bantahan terhadap kawasan tersebut.

Namun berdasarkan surat daripada pihak atasan yang bertarikh 8 Jun 1996, kawasan tersebut akan diwartakan.

Lokasi kawasan tadahan air yang dimaksudkan itu ialah berhampiran kawasan hulu Sungai Lebasau, Dalat dan hulu Sungai Ud, Dalat.

Selepas mengetahui perkara tersebut, Kimi melahirkan rasa kecewa kerana menyangka selama ini kawasan tersebut telah diwartakan.

“Saya rasa amat kecewa dan kami rakyat rasa tertipu kerana pihak atasan telah menyatakan bahawa kawasan tersebut akan diwartakan seperti mana yang mereka nyatakan dalam surat pada 8 Jun 1996 itu.

“Kami penduduk Dalat menyedari perkara ini selepas kami bermesyuarat mengenai bantahan terhadap pencerobohan kawasan tadahan air tersebut yang kini diteroka untuk dijadikan ladang kelapa sawit.

“Sehubungan itu, sekarang ini kami penduduk kampung bimbang terhadap kesihatan kami kerana kawasan tadahan air yang diwujudkan ladang kelapa sawit tersebut tidak jauh dari sungai, maka apabila ada ladang lazimnya penggunaan racun pasti ada dalam sektor perladangan.

“Oleh itu, racun yang digunakan itu nanti akan mengalir ke sungai yang akan memberi kesan kepada penduduk setempat dan alam sekitar,” katanya yang menetap di Kampung Kekan Dalat.

Kimi berkata, kawasan yang dimaksudkan itu perlu dikekalkan kerana sumber air penduduk Dalat adalah dari sungai tersebut.

Dia memberitahu bahawa loji untuk mengepam air adalah di kawasan hulu Sungai Lebasau.

Seorang lagi penduduk Dalat, Song Kalam yang menetap di Kampung Seberang Hilir Dalat berkata, dia berasa kecewa apabila mendapat tahu kawasan tersebut masih belum diwartakan sebagai kawasan tadahan air.

“Saya rasa amat sedih dan kecewa terhadap tindakan mereka seumpama ini yang menyatakan akan mewartakan kawasan tersebut namun sehingga sekarang ia masih belum lagi diwartakan,” katanya.

Seorang penduduk dari kampung Sungai Kut, Liben Alphonso Apin berharap kawasan yang dimaksudkan yang sedang rancak diteroka untuk dijadikan ladang sawit supaya berhenti bertindak demikian kerana penduduk bimbang kawasan tersebut akan terus diteroka untuk tujuan perladangan sehingga kawasan yang dimaksudkan untuk tadahan air akan musnah.

Kami berharap, perkara ini diambil perhatian oleh pihak atasan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>