Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Curtin Sarawak derma kepada sembilan badan kebajikan

$
0
0

UNTUK AMAL: Mienczakowski (di tengah, barisan tengah) bersama jawatankuasa penganjur, kakitangan, pelajar dan wakil daripada sembilan badan kebajikan dan amal di Miri.

MIRI: Jawatankuasa penganjur Hari Terbuka Curtin University Sarawak Malaysia (Curtin Sarawak) menderma sejumlah RM16,200 kepada sembilan badan dan pertubuhan kebajikan yang mengambil bahagian pada Hari Terbuka Curtin Sarawak Ke-7 pada 14 September lalu.

Jumlah tersebut dikutip melalui jualan tiket ‘raffle’ penjualan makanan dan minuman di samping kutipan amal dilakukan oleh pelajar dan kakitangan Curtin Sarawak.

Penerima ialah Pusat Sunflower, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri, Persatuan Kesihatan Mental Sarawak, Kesatuan Autisme Kebangsaan Malaysia, Pusat Perkhidmatan Kehidupan, Persatuan Jagaan Paliatif Miri, Persatuan Kanser Kanak-kanak Sarawak, Piasau Animal Welfare Support (PAWS), Persatuan Perancang Keluarga Sarawak dan Kompleks Kebajikan Hamidah Miri (PERYATIM).

Masing-masing menerima bantuan sebanyak RM1,800. Cek berkenaan disampaikan pada majlis penghargaan makan tengah hari anjuran Curtin Sarawak untuk lebih 80 kakitangan dan pelajar yang menjayakan hari terbuka itu.

Lebih 100 kakitangan dan pelajar mengambil bahagian secara sukarelawan setiap tahun bagi menjayakan program itu.

Pro Naib Canselor Curtin Sarawak  Profesor Jim Mienczakowski menyifatkan kejayaan Hari Terbuka Curtin Sarawak 2013 adalah hasil kerja keras dan komitmen semua pihak khususnya kakitangan, pelajar, penaja dan masyarakat sekeliling.

“Untuk rekod, seramai 7,412 menghadiri hari terbuka itu dan merupakan maklum balas yang amat baik daripada komuniti.

“Kami berterima kasih kepada badan amal yang turut terlibat dalam menjayakan program ini,” katanya.

Beliau berharap Hari Terbuka Curtin Sarawak akan mendapat sokongan berterusan pada tahun depan yang diadakan sempena ulang tahun ke-15 universiti itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>