Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

BPSB sumbang peralatan perubatan RM73,710 kepada Hospital Bintulu

$
0
0

BINTULU: Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) telah menyumbang peralatan perubatan bernilai RM73,710 kepada Unit Pembedahan Am, Hospital Bintulu semalam.

Peralatan yang disumbangkan itu berupa satu unit Defibrillator, tiga unit Infusion Pump, satu unit Syringe Pump, satu unit Patient Monitor, satu unit Portable Pulse Oxymeter, tiga unit Digital Blood Pressure Monitor dan satu unit Ripple Mattress.

Pengurus Besar Operasi BPSB Ahmad Narawi berkata, program CSR BPSB itu merupakan komponen dan amanah untuk berintegrasi dalam kelompok masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Kami beroperasi bukan sahaja bagi memastikan pencapaian visi dan misi syarikat, tetapi yang lebih penting ialah pencapaian objektif keuntungan tanpa mengetepikan aspekaspek alam sekitar, ekonomi dan kemasyarakatan,” ujarnya mewakili Ketua Pegawai Eksekuitf BPSB Datuk Mior Ahmad Baiti Mior Lub Ahmad pada majlis penyerahan peralatan perubatan itu di Hospital Bintulu semalam.

Beliau berkata, BPSB berdiri teguh atas sokongan padu pelbagai pihak termasuk anak-anak tempatan Bintulu.

Justeru, kata beliau pihaknya amat berbesar hati untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Menurutnya, pada tahun lepas BPSB telah melaksana program CSR yang sama dengan menyumbang satu unit Neonatal Incubator/Lullaby Incubator, enam unit Perfusor Pump/Terumo Syringe Pump dan satu unit Cardiac Monitor/ Patient Monitor kepada Hospital Bintulu.

Selain menyumbang kepada peningkatan produktiviti perkhidmatan kesihatan katanya, BPSB tidak lupa bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu menjayakan beberapa siri program pendidikan untuk anak-anak di bahagian Bintulu, antaranya Kuiz Sejarah Bahagian Bintulu dan Program Kecemerlangan SPM 2013.

“Sumbangan dan bantuan kewangan melalui tajaan dan bantuan kemanusiaan tanpa berkonsepkan keuntungan juga kami praktikkan,” katanya.

Katanya tahun ini pihaknya sekali lagi memilih Hospital Bintulu sebagai pusat saluran sumbangan memandangkan masih banyak peralatan kesihatan yang diperlukan untuk kegunaan hospital itu.

“Sesungguhnya kami amat prihatin dalam membantu menyediakan persekitaran hospital yang lebih kondusif dan berharap sumbangan itu dapat membantu meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Bintulu seluruhnya,” tambahnya.

Sementara itu, Pakar Psikiatri Hospital Bintulu Dr Wong Siong Teck berkata, telah menjadi tradisi bagi BPSB di bawah program CSRnya untuk menyumbang peralatan perubatan kepada Hospital Bintulu.

“Sumbangan itu tidak ternilai harganya memandangkan peralatan seumpamanya amat diperlukan untuk membantu menyelamat nyawa pesakit,” ujarnya mewakili Pengarah Hospital Bintulu Dr Mohd Nasir Habib.

Katanya peralatan perubatan yang disumbangkan oleh BPSB itu merupakan keperluan penting kepada penduduk.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada BPSB atas sumbangan itu beliau berkata, ia patut menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain di sini untuk melakukan usaha yang sama.

Hadir sama Setiausaha Politik Ahli Parlimen Bintul Zaiedy Nor Abu Nasir dan Timbalan Residen (Sosial)Bintulu Richard Michael Abunawas.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>