Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Izzara Beauty Spa mengatasi kemusykilan kulit

$
0
0

KUCHING: Perkhidmatan kecantikan Izzara Beauty Spa tidak terhad kepada golongan wanita sahaja apabila skop perusahaan tersebut diperluaskan bagi menembusi pasaran golongan lelaki.

Menurut pemilik yang juga pengasas produk Izzara, Nazrah Muhammad, 34, kesedaran terhadap penjagaan kulit di kalangan lelaki yang selama ini dipandang remeh oleh golongan itu perlu dipertingkatkan.

“Ramai yang berpendapat kebersihan dan kecantikan kulit tidak dipandang serius oleh lelaki tetapi itu tidak benar.

“Izzara kini mempunyai pelanggan dari golongan lelaki yang menitikberatkan soal penjagaan kulit muka,” katanya ketika ditemui di premis Izzara Beauty Spa, Lorong 4D, Kampung Siol Kandis, di sini, semalam.

Nazrah turut menawarkan Kursus Kecantikan Jangka Pendek yang juga terbuka kepada kaum lelaki.

Beliau turut mempunyai seorang peserta, Faizul Abdullah Mohd Said, yang merupakan pelajar tingkatan lima.

Minat Faizul untuk menceburi bidang kecantikan semakin mendalam setelah menggunakan sendiri produk kecantikan Izaara.

“Saya sememangnya seorang pelanggan Izzara Beauty Spa dan apabila saya mengetahui ada kursus pendek ini, saya berminat untuk menyertainya bukan sahaja untuk mengetahui cara menggunakan produk dengan baik, malah untuk memulakan perusahaan sendiri,” katanya.

Nazrah menjelaskan, kaedah menggunakan produk kecantikan secara optimum turut diajar agar para pelanggan dapat menggunakan produk tersebut dengan baik, tanpa bantuan mesin-mesin kecantikan.

“Kita turut menyasarkan peserta kursus atau pelanggan dari kaum lelaki kerana kebersihan dan kecantikan ini jarang dititikberatkan oleh lelaki.

“Kita mahu golongan lelaki tahu bahawa mereka perlu menjaga perkara ini malah boleh membuat perusahaan sebegini,” katanya.

Nazrah dibantu oleh adiknya Naufal, 28, untuk memberi perkhidmatan rawatan kecantikan kepada golongan lelaki.

Izzara Beauty Spa mahu membantu meningkatkan ekonomi masyarakat menerusi kursus kecantikan jangka pendek dengan yuran minimum.

Nazrah yakin kursus yang akan melengkapkan para peserta dengan kemahiran asas kecantikan mampu membantu meningkatkan pendapatan seseorang individu.

“Izzara Beauty Spa ingin memberi peluang kepada sesiapa sahaja khususnya golongan ibu tunggal yang berusaha meningkatkan taraf hidup melalui program usahawan bersama Izzara.

“Izzara yakin dengan kursus ini, ibu tunggal mampu berdikari dan menjana pendapatan isi rumah,” katanya.

Yuran kursus kecantikan berkonsepkan ‘Do it Youself’ (DIY) serendah RM280 itu turut didatangkan dengan satu set produk kecantikan Izzara, yang berharga RM144, secara percuma.

Nazrah berkata, kursus itu memberi peluang kepada peserta untuk menambah ilmu dan pendapatan sekali gus peluang perniagaan tanpa modal bersama Izzara.

Setelah tamat kursus tersebut katanya, peserta akan diberikan sijil serta layak menjadi ejen kecantikan Izzara.

Selain produk Izzara yang tanpa alkohol serta berasaskan semula jadi, Nazrah turut menggunakan produk-produk kecantikan seperti AylaMyra, Alaska Gold dan Beautee.

Beliau mempelajari teknik-teknik kecantikan seperti mekap dari Epie Temerloh, yang merupakan jurumekap penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Buat masa sekarang, Izzara menawarkan promosi untuk rawatan muka iaitu RM25 setiap sesi, sah sehingga 30 Jun ini manakala produk-produk kecantikan Izzara boleh didapati pada harga RM15 hingga RM50.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman Facebook, www.facebook.com/IzzaraBeautySpa atau  ww.facebook.com/IzzaraBeautyGlow atau hubungi Nazrah di 013-8161209.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228