Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Premis pajak gadai haram diserbu

$
0
0

NG

Polis akan ambil tindakan tegas terhadap premis langgar peraturan

KUCHING: Sebanyak 18 premis di Sarawak diserbu sehingga November ini selepas disyaki melakukan perniagaan pajak gadai secara haram.

Penguat Kuasa Polis Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai Ng Ah Lek memberi amaran, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya didapati melanggar peraturan dan undang- undang ditetapkan.

“Saya tidak mempunyai jumlah (serbuan) tahun lepas, namun ada sedikit peningkatan dalam tempoh Januari hingga November di seluruh negeri.

“Agak ramai juga yang telah dikenakan tindakan di mahkamah dan dalam kes terbaharu pada 13 November lepas, seorang individu di Bintulu dikenakan denda RM25,000 dan jika gagal membayar akan dipenjara selama dua bulan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Bangunan Binamas di sini, semalam.

Ng memberitahu, di bawah Seksyen 7(2) Akta Pemegang Pajak Gadai (1972), pesalah boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Justeru, kita mahu premis-premis yang menjalankan pajak gadai tanpa lesen agar menghentikan operasi mereka atau mereka terpaksa berdepan tindakan tegas yang akan diambil,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika menjalankan urusan pajak gadai di kedai-kedai emas supaya tidak menjadi mangsa penipuan dan memastikan premis itu mempamerkan lesen yang sah.

Sementara itu, Ng menasihati orang ramai agar meminjam wang hanya daripada premis peminjam wang yang berlesen sahaja bagi mengelak risiko dikenakan caj faedah tinggi serta tertakluk kepada pelbagai jenis ugutan sekiranya gagal membayar.

Sambil memberitahu Sarawak mempunyai lebih 400 peminjam wang berdaftar, beliau menasihati peminjam agar memastikan mereka mempunyai dokumen perjanjian yang relevan, lengkap dengan duti setem.

Katanya, dokumen perjanjian tidak lengkap serta tanpa duti setem adalah satu kesalahan lazim dan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 16 Akta Peminjam Wang 1951.

Pada masa sama, Ng turut memberitahu pihaknya akan memperkasakan penguatkuasaan dalam membanteras peminjam wang secara haram atau ‘Ah Long’ daripada terus beroperasi.

“Kita memberi amaran kepada ‘Ah Long’ untuk memberhentikan operasi mereka. Jika kita dapat kenal pasti sesiapa yang bertanggungjawab dalam hal ini, kita akan buru dan tangkap di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>