KUCHING: Essential Advisory Company (Essential) membantu mencapai impian serta cita-cita anda untuk menyertai syarikat penerbangan sebagai krew penerbangan.
Jika impian anda ingin menjadi krew penerbangan tetapi tidak tahu bagaimana caranya, Essential akan memberi latihan intensif sebagai persediaan anda untuk menjadi krew selain meningkatkan pengetahuan anda dalam bidang penerbangan.
Calon-calon yang berdaya saing mampu menunjukkan kesediaan dan teratur ketika menghadiri temu duga serta mempunyai kebolehan menarik perhatian penemu duga.
Calon hendaklah bersikap terbuka serta sentiasa menunjukkan keazaman yang tinggi dalam mencapai kriteria-kriteria yang diperlukan oleh syarikat penerbangan.
Di Essential, mereka menawarkan latihan khusus terutama bagi persediaan untuk menjadi krew penerbangan selain membantu calon dalam menyiapkan diri dengan keperluan asas seorang krew penerbangan yang berwibawa.
Latihan khusus itu merangkumi prosedur temu duga, latihan menghias diri, pengetahuan am, penggayaan suara, istilah penerbangan, kemahiran berkomunikasi serta penulisan resume yang betul.
Objektif utama latihan itu ialah untuk melatih calon-calon dalam usaha melengkapkan mereka dengan kriteria yang diperlukan sebagai krew penerbangan.
Selain itu, ia juga sebagai pendedahan kepada calon bagaimana menghadapi temu duga yang sebenar.
Menurut seorang peserta latihan kursus krew penerbangan yang pernah menyertai latihan di Essential, Vivian Lo, 18, dia berasa sangat teruja kerana berjaya menempatkan diri di sebuah syarikat penerbangan tempatan setelah tamat latihan di Essential.
“Minggu hadapan, merupakan titik permulaan bagi saya sebagai pramugari dan saya berasa sangat gembira.
“Sebelum ini, kemahiran bertutur serta menulis dalam bahasa Inggeris saya sangat lemah, tetapi guru di Essential banyak membantu terutama kemahiran bertutur, sekali gus membantu saya mencapai impian saya untuk menjadi pramugari,” katanya.
Manakala bagi September Lai, 20, cita-citanya untuk menjadi krew penerbangan dari sekolah lagi akhirnya tercapai setelah ditawarkan pekerjaan sebagai pramugara selepas tamat latihan di Essential.
“Selepas tamat sekolah, saya memang bercita-cita untuk menjadi pramugara dan akhirnya ia tercapai dengan bantuan Essential.
“Essential banyak membantu saya untuk menguasai pelbagai kemahiran untuk menjadi krew penerbangan yang berjaya,” katanya.
Pada masa kini, penerbangan tidak hanya tertumpu kepada mencari kecantikan semata-mata tetapi melahirkan individu yang berpesonaliti menarik, berdaya saing, mempunyai kebolehan menyampaikan perkhidmatan yang berorientasi serta kebolehan mengendalikan diri dengan baik.
Bayaran gaji sebagai krew penerbangan boleh diklasifikasikan sebagai lumayan selain turut mempersiapkan mereka untuk menghadapi masa depan dengan kerjaya yang cerah seperti dalam bidang perkhidmatan dan perniagaan.
Ambil langkah pertama anda untuk mencapai cita-cita sebagai krew penerbangan yang berjaya!
Orang ramai yang berminat untuk menyertai latihan di bawah seliaan Essential Advisory Company, bolehlah menghubungi 082-462115 atau 012-8081988 atau layari laman sesawang www.essentialmalaysia.com.