Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

MDL akan pantau aktiviti perniagaan melibatkan penerima bantuan kiosk

$
0
0

LIMBANG: Majlis Daerah Limbang (MDL) akan memantau aktiviti perniagaan melibatkan penerima bantuan kiosk atau ruang niaga penjaja khususnya dalam tempoh tiga bulan pertama bagi memastikan segala kemudahan tersebut digunakan untuk meningkatkan pendapatan.

Walikotanya Kaunselor Sufian Mohat berkata pemantauan dilakukan bukan bertujuan untuk mengawal mereka, tetapi berupa panduan dan rujukan kepada pihaknya agar perniagaan dapat dijalankan.

Jelasnya pihaknya banyak menerima kes berkaitan penerima bantuan perniagaan yang berhenti berniaga selepas tempoh lima bulan walaupun segala kemudahan dan bantuan diberikan untuk menjana pendapatan.

“Pemberian kemudahan dan bantuan berupa kiosk penjaja atau mesin jahit perlu digunakan untuk menjalankan aktiviti keusahawanan bagi menambah sumber kewangan.

“Kita tidak mahu selepas tempoh lima bulan pertama mereka berhenti berniaga walaupun mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut,” katanya pada penyerahan bantuan kiosk penjaja di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar 2013 di sini semalam.

Turut hadir wakil Residen Limbang Saiful Bahri Alwie, wakil Setiausaha MDL Matassan Piut, Pegawai Khas Ahli Parlimen Mohamad Bakar, Temenggung Ang Kheng Su dan Pemanca Alie Jahar.

Sufian berkata program di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu diberikan kepada ketua isi rumah (kir) miskin dan mudah miskin di kawasan bandar yang berdaftar dalam e-Kasih.

Katanya program itu dapat membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah di bandar meningkatkan kualiti hidup di samping mengurangkan beban tanggungan keluarga.

Katanya banyak bantuan dan kemudahan diberikan kerajaan melalui agensi kerajaan melibatkan peruntukan untuk membantu golongan sasar.

“Kemudahan ini perlu disusuli dengan usaha dan komitmen berterusan penerima untuk mengubah hidup keluarga sehingga mendatangkan hasil dan kesan positif dalam menjadikan mereka usahawan berjaya,” katanya.

Penerima bantuan katanya perlu mempunyai sasaran dan perancangan kewangan terbaik untuk meningkatkan pendapatan mereka ketika berdepan dengan kenaikan harga barang.

Dalam pada itu beliau turut menyelar tindakan individu dan pihak tidak berkepentingan yang berlagak pandai dan mengaitkan bantuan itu sebagai usul daripada mereka.

“Ini adalah bantuan daripada kerajaan untuk membantu golongan sasar meningkatkan pendapatan dan bukannya usul daripada pihak tidak bertangungjawab,” katanya.

Jelas Sufian lagi tindakan pembangkang khususnya DAP dan PKR mengedarkan cakera padat dan risalah untuk memburukkan kerajaan merupakan perbuatan menjijikkan dan tidak berani berdepan dengan kerajaan.

“Tindakan sedemikian tidak lain bertujuan menghasut dengan menggunakan perkataan yang memburukkan Barisan Nasional (BN).

“Perbuatan ini dilakukan oleh pembangkang yang juga datang kepada kami untuk mendapatkan bantuan dan mereka tidak tidak tahu bersyukur atas apa yang diberikan kerajaan,” katanya.

Terdahulu seramai lima penerima menerima bantuan berkenaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>