KUCHING: Pameran Pe-ngembaraan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) kembali dengan menawarkan pakej percutian menarik, penerbangan dan beberapa aktiviti lain.
MATTA Cabang Sarawak mempelawa rakyat Malaysia menyertai pameran kali keenam tersebut pada 13 hinggga 15 Mac di Dewan Promosi Utama Boulevard Fasa II.
Pengerusi penganjur Chris Kon berkata, pada tahun lepas 9,000 pelawat hadir meme-riahkan pameran.
“Tahun ini kami menjangka akan menarik 10,000 pelawat hadir ke pameran tiga hari ini.
“Setakat ini terdapat 55 gerai pameran dijual dan kami masih menerima lebih banyak ejen pengembaraan untuk bersama kami,” kata-nya pada sidang media di sini, semalam.
Selain ejen pengembaraan, MATTA Cabang Sarawak turut menerima penyertaan dan sokongan daripada Tourism Malaysia.
Lebih menarik lagi, pelawat berpeluang menerokai tawaran penerbangan seluruh dunia dan tawaran pakej selain nasihat pakar untuk percutian dan cabutan bertuah.
Syarikat yang mengesahkan penyertaan setakat ini me-rangkumi Airworld Travel & Tours Sdn Bhd, Bel-Air Travel & Tours Sdn Bhd, Borneo Exploration Tours & Travel Sdn Bhd, Borneo Fairyland Travel & Tour Sdn Bhd, Cat City Holidays Sdn Bhd, Cempaka Travels & Tours Sdn Bhd, Great Leap Tour Sdn Bhd dan Ibanika Tours & Travel Sdn Bhd.
Syarikat-syarikat lain termasuk Inter-Continental Travel Centre Sdn Bhd, Interworld Travel Service Sdn Bhd, Ik Chin Travel Service (K) Sdn Bhd, Ming Ming Travel Service Sdn Bhd, Multiclients Travel Sdn Bhd, Natol Holidays & Tours Sdn Bhd, Orient Holidays & Tours Sdn Bhd, Ping Sing Travel & Tours (Sarawak) Sdn Bhd, Pelancongan Merdeka Sdn Bhd, Sara Worldwide Vacations Berhad, Sak Soon Travel Agencies Sdn Bhd, Tanahmas Travel & Trading Sdn Bhd dan TH Travel & Services Sdn Bhd.
Swiss-Garden International Vacation Club Berhad turut menyertai pameran tersebut.
Objektif Pameran Pengembaraan MATTA adalah untuk mendedahkan, menggalakkan, mempromosi dan meuar-uarkan perniagaan pelancongan dan pengembaraan.
Untuk keterangan lanjut mengenai pameran sila hubung Pejabat Sekretariat di talian 082-253276/082-233276 atau email secretariat.sarawak@matta.org.my.