Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

15 daripada 34 projek jalan siap dilaksanakan

$
0
0

KUCHING: Sebanyak 15 daripada 34 projek jalan dengan keseluruhan peruntukan sebanyak RM232.5 juta daripada Kementerian Kerja Raya bagi negeri ini telah siap dilaksanakan manakala bakinya masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata setakat ini sebanyak RM165 juta atau 71 peratus daripada peruntukan tersebut telah dibelanjakan bagi kesemua projek berkenaan.

“Antara projek-projek yang dilaksanakan di bawah program ini termasuk Jambatan Sungai Tabun dan kerja-kerja bersepadu yang telah siap pada 5 April 2013 dengan kos RM54.2 juta dan Jalan Tun Jugah, Jalan Song, Upland Interchange, Kuching yang telah siap pada 18 April 2013 dengan kos RM49.96 juta.

“Projek lain termasuk projek jalan dari Rumah Kuta/Ugap, Kapit bernilai RM56.87 juta, projek menaik taraf Jalan Pujut 7-Tudan bernilai RM15.6 juta, projek Jalan Lubok Antu/Lemanak/Engkari Fasa II dengan kos RM35.8 juta dan Jambatan Batu Kawa baharu serta jalan bersepadu dengan kos RM45 juta yang telah siap kesemuanya,” katanya.

Manyin berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan pada Persidangan DUN di sini semalam.

Mengulas mengenai penyelenggaraan jalan di Sarawak, ia katanya dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan.

Skop kerja termasuk semua operasi yang diperlukan seperti membaik pulih jalan berlubang, jalan retak, menaik taraf dan mengukuhkan jalan batu.

“Pada 2013, JKR dijangka membelanjakan sejumlah RM183.8 juta bagi rutin penyelenggaraan dan kerajaan telah melantik tiga pemegang konsesi untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kira-kira 1,500.65 km jalan persekutuan.

“Bagi jalan negeri, satu peme-gang konsesi telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi 5,023.79km jalan.

“Baki bahagian jalan negeri masih di bawah penyelenggaraan JKR,” ujarnya.

Dalam perkembangan ber-kaitan, jumlah kemalangan jalan raya bagi tempoh sembilan bulan 2013 meningkat 1.3 peratus daripada 13,869 kes kepada 14,062 kes.

Kes-kes ini melibatkan kemalangan maut 330 kematian, kecederaan serius (131 kes), kecederaan ringan (297 kes) manakala kemusnahan ken-deraan mencatatkan sebanyak 13,343 kes.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>